1001 Pelajaran daripada Kisah Nabi Yusuf
Fadilat Al-Shaykh ‘Abd al-Rahman bin Nasir as-Sa’di
Terjemahan bahasa Melayu moden
Dwibahasa
Melayu-Arab
disusun secara bersebelahan
Takhrij hadis lengkap
Judul: 1001 Pelajaran daripada Kisah Nabi Yusuf
Judul Asal (Arab): Fawa’id Mustanbatah min Qissat Yusuf
Syarah dan Ulasan oleh: Syaikh ‘Abd Ar-Rahman bin Nasir As-Sa’di
Penterjemah: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-15544-3-2
Muka Surat: 208 m/s (Hard Cover)
Berat: 435 g
Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah para Nabi dan Rasul yang diceritakan dalam al-Quran, sehingga al-Quran itu dinobat dan diiktiraf sebagai sebuah kitab yang terunggul, dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Firman Allah: Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang memberi iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran – Surah Yusuf (12/111). Kisah Nabi Yusuf dikhususkan oleh Allah di dalam satu ayat yang lain: Di dalam kisah Yusuf dan adik-beradiknya itu terkandung beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya – Surah Yusuf (12/7). Hal ini kerana di dalamnya terdapat perubahan daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain, daripada satu ujian kepada satu ujian yang lain, daripada satu ujian kepada satu pemberian dan kurniaan, daripada satu kehinaan dan perhambaan kepada kemuliaan dan kekuasaan, daripada perpisahan dan perpecahan kepada kesatuan serta tercapainya tujuan, daripada kesedihan dan gundah-gulana kepada keseronokan dan kegembiraan, daripada kemewahan kepada kering-kontang, daripada kering-kontang kepada kemewahan, dan daripada kesempitan hidup kepada keluasan hidup. Demikianlah rentak perjalanan surah ini. Terdapat pelbagai lagi faedah yang terkandung di dalam kisah yang agung ini. Maha suci Zat yang menceritakannya, menerangkannya serta menjelaskannya.
abdulraiem –
So far..
Ini adalah salah satu buku terbaik dan terhebat yang pernah dikeluarkan oleh PIS.
Surah Yusuf merupakan surah favourite saya dan tidak jemu dibaca berulang-ulang kali kerana sangat banyak faedah kepada sesiapa yang mentadabburnya. Tambahan ia disyarahkan oleh Mufassir Kontemporari Al-Alamah Sheikh Nasir al-Sa’di (guru kepada ulama hebat Sheikh Salih al-Uthaymeen) membuatkan buku ini sangat seronok untuk dibaca dan harus dimiliki kepada pencinta Allah dan Rasul-NYA, pecinta ilmu sunnah dan yang inging menambah lagi keimanan.
Kulit keras, terjemahan yang mantap, tahkik dan takrij yang kemas, seperti biasa teks asal (teks arab) di letak disebelah untuk mengekalkan keaslian buku dan salah satu keunikan PIS berbanding penerbit buku ilmiah yang lain.
Syabas PIS dan saya sangat-sangat berpuas hati dengan buku ini dan berharap akan ada lagi karya-karya seperti ini dikeluarkan oleh PIS.
Bagi yang belum memilikinya, HIGHLY RECOMMENDED!!