Karya PiS Sdn. Bhd. (PiS) adalah sebuah syarikat penerbit, pencetak dan pengedar bahan-bahan ilmiah seperti buku, majalah, dan lain-lain. Perniagaan ini telah didaftarkan mulanya sebagai “Perniagaan Persendirian / Sole Proprietor” pada Ogos 2014. Semenjak ditubuhkan, PiS menjadikan laman web sebagai medan jualan buku-buku yang diterbitkan sendiri, dan juga terbitan syarikat-syarikat lain seperti Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Pustaka Azzam, Bayyinah Enterprise, Mariah Muhammad Enterprise, Media Hidayah dan lain-lain.
Sehingga kini lebih kurang hampir 4 tahun beroperasi, PiS mendapat sambutan yang baik daripada pembeli dengan servis pelanggan yang terbaik. Pembeli boleh membuat pembelian secara online 24 jam sehari dan 7 jam seminggu, ataupun melalui WhatsApp ke talian hotline syarikat, 017 6733 432.
Alhamdulillah, melangkah setapak lagi ke hadapan, syarikat Karya PiS Sdn. Bhd ditubuhkan pada 29 Jun 2016. Penerbitan bahan-bahan ilmiah termasuk hasil kajian, terjemahan karya para ulama dan dakwah santai diteruskan, dan kali ini dibantu oleh syarikat bersekutu, antaranya Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise. Setakat pertengahan tahun 2019, PiS telah menerbitkan lebih 40 judul buku yang didaftarkan dengan ISBN. Buku-buku terbitan PiS juga kini boleh didapatkan di pasaran kedai-kedai buku popular seperti rangkaian MPH Bookstores, PTS Bookcafe, dan lain-lain.
![](https://i0.wp.com/karyapis.com/wp-content/uploads/2016/08/dummy-1.jpg?resize=400%2C260&ssl=1)
Ahmad Sabri Jinlapudin
CEO / PENGASAS
Pengasas syarikat PiS pada Ogos 2014, merupakan seorang akauntan bertauliah lulusan sijil professional, ACCA UK.
![](https://i0.wp.com/karyapis.com/wp-content/uploads/2016/08/dummy-1.jpg?resize=400%2C260&ssl=1)
THALHAH MOHD ZAKI
COO
Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Operasi iSDC, dan menyertai PiS sejak Julai 2016, tertumpu kepada skop jualan dan pemasaran online.
![](https://i0.wp.com/karyapis.com/wp-content/uploads/2016/08/dummy-1.jpg?resize=400%2C260&ssl=1)
Abdullah Izzat
PRODUKSI
Pengasas Maktabah Dar ar-Rakhis yang membantu kerja-kerja terjemahan dan terbitan PiS sejak 2016.
Jawatankuasa Penasihat Syariah
![](https://i0.wp.com/karyapis.com/wp-content/uploads/2016/08/dummy-1.jpg?resize=400%2C260&ssl=1)
Ustaz Muhammad Asrie Sobri
Penasihat Syariah 1
Graduan Universiti Islam Madinah, dan merupakan pegawai penyelidik khas di Yayasan Ta’lim.
![](https://i0.wp.com/karyapis.com/wp-content/uploads/2016/08/dummy-1.jpg?resize=400%2C260&ssl=1)
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
Penasihat Syariah 2
Graduan Universiti Islam Madinah, dan merupakan pegawai penyelidik khas di Yayasan Ta’lim.