Judul: Istilah Ahli Hadis – Edisi Kedua (beserta matan Bahasa Arab)
Judul Asal (Arab): Nukhbatul Fikr fi Musthalah Ahl Al-Atsar
Penulis: Ibnu Hajar al-Asqalani
Penterjemah: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf Resources
Berat: 93g
Buku kecil yang bertajuk: Istilah Ahli Hadis atau judul asalnya di dalam Bahasa Arab ialah Nukhbatul Fikar fi Muṣṭalah Ahli al-Atsar merupakan sebuah buku asas dalam membincangkan ilmu hadis. Buku ini ditulis oleh seorang ulama besar dalam ilmu hadis iaitu Imam Ahmad bin Ali ibnu Hajar al-Asqalani. Buku ini memperkenalkan kepada pembaca tentang istilah-istilah yang digunapakai oleh para ulama hadis ketika mereka membahaskan tentang sesebuah hadis itu dan penjelasan kepada istilah tersebut dijelaskan secara ringkas di dalam buku ini. Walaubagaimanapun, penjelasan tersebut adalah terlalu ringkas dan juga terlalu teknikal, oleh itu sangat digalakan bagi pemula untuk berguru ketika membaca dan mempelajari buku ini.
Selain daripada pengenalan kepada istilah-istilah yang digunapakai oleh para ulama hadis, buku ini juga membahaskan secara ringkas tentang cara sesebuah hadis itu dikategorikan di dalam kategori-kategori yang tertentu dan juga membahaskan secara ringkas tentang asas-asas dalam menentukan kesahihan atau kedhaifan sesebuah hadis itu.
abdulraiem –
Risalah yang penting untuk para penuntut ilmu dan yang ingin mempelajari ilmu hadis. Sangat-sangat bermanfaat.
Terjemahan bagus, matan arab disediakan, tetapi matan ini sesuai dibaca bersama Syarahan sekali (Kitab Syarah Nuzhantun an-Nazhar) dan belajar dengan guru yang layak mengajar (Ahlul Hadis).
Cover dan hiasan buku boleh diperbaiki.