Judul: Dasar Akidah Islam: Pegangan Akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah
Judul Asal (Bahasa Arab): Usul al-Sunnah lil Humaydi
Penulis: Imam ‘Abd Allah bin al-Zubayr al-Humaydi (wafat: 219H)
Kajian & Tahkik: Shaykh Mish’al Muhammad al-Haddari
Penterjemah: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-3-2
Muka Surat: 109 m/s (Soft Cover)
Berat: 150g
Ini adalah terjemahan bagi risalah bertajuk: Uṣūl al-Sunnah, karya Imām ‘Abd Allāh bin al-Zubayr al-Ḥumaydī (wafat: 219H), seorang ulama agung yang hidup para kurun awal Islam.
Kitab Uṣūl al-Sunnah merupakan sebuah risalah ringkas yang menerangkan tentang Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Imām al-Ḥumaydī banyak menukilkan kedudukan Ahli Sunnah dalam mendepani sesuatu isu, contohnya seperti kedudukan atau sikap Ahli Sunnah dengan kelompok Khawarij, Jahmiyyah dan sebagainya. Oleh itu risalah ini amat penting untuk ditelaah dan sangat berautoriti kerana ia dikarang oleh seorang ulama generasi salaf al-ṣāliḥ yang berguru dengan Imām al-Shāfi‘ī, serta beliau juga merupakan guru kepada Imām al-Bukhārī.
Kata Ya’qub al-Fasawi: Aku tidak pernah menemui seorang pun yang lebih menginginkan kebaikan buat Islam dan orang Islam berbanding beliau (Al-Humaydi).
Reviews
There are no reviews yet.