Judul: Ramadan 101: Anda Bertanya, Kami Lukis
Ilustrasi & Susunan oleh: Abdullah Izzat Tengku Sidek (Himpunan Fatwa Shaykh Muhammad bin Sālih al-ʿUthaymīn)
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 132 m/s ilustrasi penuh warna (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-65-7
Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, pasti persoalan yang sama akan berulang saban tahun. “Berapa rakaat solat tarawih yang sebenar?”, “Batal ke puasa kalau pakai inhaler atau telan kahak?”, “Macam mana nak ganti puasa arwah yang sakit?” Kadangkala, jawapan yang berlegar dalam masyarakat bercampur baur dengan pelbagai pandangan yang kurang tepat, lantas menjadikan bulan yang sepatutnya tenang ini dicemari perdebatan dan kekeliruan.
Buku “Ramadan 101: Anda Bertanya, Kami Lukis” hadir untuk meleraikan kekeliruan tersebut dengan pendekatan yang unik, mudah untuk rujukan umum masyarakat! Ia merupakan sebuah panduan fiqh puasa kontemporari yang menjawab masalah real harian masyarakat kita, tetapi disampaikan sepenuhnya melalui ilustrasi dan infografik visual yang sangat mudah difahami.
Keistimewaan Buku Ini:
- Kredibiliti Tinggi: Bukan sekadar pandangan peribadi penyusun, sebaliknya bersumberkan himpunan fatwa ulama tersohor abad ini yang diiktiraf dunia, iaitu Shaykh Muhammad bin Sālih al-ʿUthaymīn.
- Ringkas & Terus Kepada Hukum: Tiada huraian meleret yang memeningkan. Setiap soalan diberikan jawapan yang padat, adil, dan terus kepada poin berserta dalil yang jelas.
- Mudah Hadam: Gaya penyampaian visual menjadikan topik agama (fiqh) yang berat terasa sangat ringan, sesuai untuk dibaca oleh pelbagai lapisan umur.
- Praktikal: Sangat sesuai dijadikan rujukan pantas buat individu, seisi keluarga, malah penceramah dan imam di masjid.
Buku ini disusun bukan untuk memenangkan mana-mana perdebatan, tetapi untuk mengembalikan fokus kita kepada tujuan sebenar Ramadan—iaitu penghayatan ibadah yang tenang.
Dapatkan naskhah ini sekarang dan jadikan Ramadan anda dan keluarga pada tahun ini lebih berilmu, yakin, dan bebas daripada sebarang keraguan!













