Judul: Antara Anutan Tasawuf yang Tercela (Dwibahasa Arab-Melayu)
Judul Asal (Arab): Dhammu Ma ‘Alayhi Mudda’u Al-Tasawwuf
Penulis: Imām Aḥmad bin Qudāmah al-Maqdisī
Pentahkik: Shaykh ‘Abd Al-Qadir Al-Arna’ut
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-13-8
Muka Surat: 84 m/s (Soft Cover)
Buku ini merupakan terjemahan bagi risalah yang ditulis oleh Muwaffaq al-Din Ibn Qudamah Al-Maqdisi, seorang tokoh ilmuwan Islam khususnya dalam bidang fekah. Risalah ini ditulis bagi menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau berkenaan satu amalan yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa mereka mengamalkan tasawuf.
Pengarang memulakan jawapan dengan terus menyatakan status orang yang mengamalkannya dan beliau kemukakan riwayat-riwayat para Salaf berkenaan amalan seumpama itu. Setelah itu, beliau menerangkan manhaj (metodologi) beragama yang benar yang perlu ditelusuri oleh sesiapa yang mahu masuk ke Syurga Allah ta’ala.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut menerangkan hukum bermain atau mendengar seruling, gendang dan nyanyian. Setelah itu, beliau berbicara mengenai bahayanya memandang wanita bukan mahram dan amrad (budak lelaku comel yang berdagu licin). Beliau mengakhiri risalah dengan doa dan titipan nasihat yang sangat hebat, semoga Allah mengganjari beliau atas jasa dan baktinya kepada umat Islam.
Antara keistimewaan buku ini:
[1] Dalam bentuk dwibahasa Arab-Melayu yang membantu pemahaman dan pembelajaran bahasa Arab [2] Nota kaki yang memberikan nilai tambah dan kualiti [3] Disertakan status hadis yang memberikan kelegaan dan memudahkan urusan pembacaan dan penghayatan.
abdulraiem (verified owner) –
Risalah yang sangat sesuai dibaca khusus rakyat Malaysia yang mudah terpedaya dengan zikir yang pelik dan amalan-amalan bid’ah yang disangka berasal dari agama tetapi bukan.
Ibn Qudamah membawa riwayat-riwayat dari Quran dan Sunnah serta kalam-kalam para salaf. Cukup sebagai dalil dan bukti untuk membungkam kesesatan.
Risalah ini juga menunjukkan betapa luasnya ilmu Sheikul Islam Ibn Qudamah رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ yang bukan sahaja mahir dalam bidang fiqh, malah bidang hadis, usul fiqh dan akidah. Beliau رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ layak digelar شيخ الإسلام
Terjemahan yang baik, tahkik dan takrij yang teliti dan kemas. Sesuai untuk dibaca sendiri atau digunakan untuk mengajar.
PIS sentiasa menjaga keaslian risalah sebenar dan sangat teliti dalam mentahkik dan mentakrij riwayat-riwayat dalam buku-buku mereka. Tiada penerbit buku di Malaysia setakat ini yang serius seperti mereka. HIGHLY RECOMMENDED!!!