Judul: Pernikahan Menurut Sunnah
Penulis: Sdr. Ahmad Sabri bin Jinlapudin
Disemak oleh: Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
Penerbit: Hadaya Publications & Distributors
Muka Surat: 183 m/s (Buku Poket – Soft Cover)
Berat: 119 gram
Tulisan dalam buku ini merupakan sebahagian daripada petunjuk-petunjuk Islam yang bersumber daripada Al-Quran dan hadis-hadis sahih, mengupas mengenai selok-belok perkahwinan.
Islam yang agung ini tidak meninggalkan satu sudut dari jiwa kemanusiaan pun kecuali Islam benar-benar telah meletakkan garis panduannya sebagai satu method dan jalan penyelesaian sehingga keperibadian seseorang itu menjadi seimbang dan sempurna. Begitu juga apabila membicarakan tentang perkahwinan, ia adalah suatu syariat dan ia merupakan ibadah, yang disediakan garis panduan yang jelas untuk melaksanakannya dari permulaan hingga ke pengakhirannya.
Dalam permasalahan perkahwinan, begitu banyak kaum Muslimin pada hari ini tidak lagi mengendahkan peraturan-peraturan dan petunjuk Islam. Ada yang menyimpang dari Islam laksana manusia pada zaman jahiliyah yang disimbolkan dengan kebebasan, dan banyak juga adat-adat masyarakat setempat yang tidak mengikut garis panduan syarak dalam melaksanakan ibadah perkahwinan.
Maka, buku ini cuba mengupas persoalan- persoalan penting di dalam mendirikan rumah tangga, bermula daripada memilih, melamar, meminang, menikah dan mengadakan kenduri walimah, seterusnya hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan selepas perkahwinan termasuk menghadapi malam pertama, bersuci, tanggungjawab suami dan isteri, adab dengan mertua dan ipar, serta apa sahaja yang dirasakan perlu dan berkaitan.
Semoga penulisan dalam buku ini sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada penulisnya sendiri dalam menghadapi alam baru kehidupan berumah tangga, serta para kepada para pembaca yang dirahmati oleh Allah sekalian dalam mendirikan rumah tangga disulam dengan kebahagiaan, kasih sayang dan sikap belas kasihan berlandaskan kepada petunjuk syarak insyaAllah.
Semoga penulis dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam penerbitan buku ini mendapatkan ganjaran yang berlimpah daripada Allah ‘azza wa jalla, atas kegigihan dan kesungguhan mereka dalam usaha menegakkan hukum-Nya, terutamanya yang berkait dengan kehidupan berumah tangga. Wallahu a’lam
abdulraiem –
Penuh dengan dalil daripada Al-Quran dan Sunnah.
Sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga agar kita faham kenapa kita kahwin dan kenapa perkahwinan adalah perintah Allah dan sunnah rasul-NYA.
Penulis mengkongsikan point-point penting yang terdapat dari nas-nas Quran dan Sunnah berkaitan tentang perkahwinan. Sesuai dengan orang awam.
Penulisan yang mudah difahami. Ayat al-Quran disertakan nombor dan nama surah. Hadisnya di sertakan status dan nombor hadis untuk rujukan seterusnya (bagi yang ingin mengkaji secara mendalam).
So many benefits from a small book. Recommended!