Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya (Nabi Ya’qub), “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, semuanya sujud kepadaku.”

Maka, Nabi Yusuf pun rasa gelisahlah, mengenangkan dia mimpi sesuatu yang luar biasa, extraordinary kata orang. Seolah-olah mimpi dia ni nak ceritakan tentang sesuatu. Lepas bangun tidur, Nabi Yusuf terus cerita mimpi ni dekat ayah dia, Nabi Ya’qub.

Ayahnya kata, “Wahai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada saudara-saudaramu, mereka akan membuat makar (untuk membinasakanmu).”

Ayahnya tahu daripada mimpi tu, Nabi Yusuf ni akan dapat kedudukan yang tinggi, bukan dekat akhirat sahaja, dekat dunia pun dapat.

11 bintang dalam mimpi tu bermaksud 11 orang adik-beradik Nabi Yusuf yang lain.
Ayahnya pula diumpamakan sebagai matahari, sementara bulan mengisyaratkan ibunya.

Jadi, seluruh keluarga Nabi Yusuf ni suatu hari nanti akan tunduk sujud (sebagai bentuk hormat) dekat Nabi Yusuf. Sebab tu Nabi Ya’qub kata jangan cerita dekat sesiapa, for sure kalau adik-beradik dia dengar benda ni akan dengki kan… Orang kalau dah dengki, hmmmm, mak bapak sendiri diorang sanggup buat apa-apa je.

Tapi, walaupun adik-beradik Nabi Yusuf tak tahu apa-apa pun pasal mimpi ni, depa tetap nak halau Nabi Yusuf jauh-jauh. Depa letak dalam perigi, lepas tu tinggal dalam perigi tu.

And then, ada pedagang yang datang kat situ terjumpa Nabi Yusuf ni, depa pun nak ambil bawa pergi Mesir, nak jual dekat sana…

Ahmad tahu tak…

Kenapa Nabi Yusuf dijual?
Kenapa depa tetap dengki dan iri hati kepada Nabi Yusuf?
Walhal depa tak tahu pun tentang mimpi Nabi Yusuf tu…

Ok, nanti saya cerita lagi kenapa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0