PERINGATAN: Buku ini menerimpa tempahan yang banyak, dan akan diposkan dalam 5-7 hari bekerja.
Judul: Nasihat Sang Ayah kepada Anaknya
Judul Asal (Bhs Arab): Wasaya al-Aba’ lil-Abna’
Penulis: Shaykh Muhammad Shakir (wafat: 1358H)
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-11-x
Muka Surat: 126 m/s (Soft Cover)
Buku ini merupakan senarai wasiat sang ayah buat anaknya, ataupun akhlak asas untuk mendapat keredaan Allah, buat si anak, seorang penuntut ilmu. Wasiat ini merangkumi nasihat supaya bertakwa kepada Allah, hak-hak Allah ta’ala, hak-hak Rasul-Nya, hak-hak ibu bapa, hak-hak saudara sepengajian, dan rakan-rakan seperjuangan. Penulis juga menggariskan adab-adab penuntut ilmu, adab mutalaah, muzakarah dan berbahas sesama penuntut ilmu, adab bersukan dan pelbagai lagi adab dalam kehidupan seharian melibatkan urusan duniawi dan ukhrawi. Penulis juga memuatkan perihal memelihara maruah dan kesucian diri, berkenaan taubat, sifat takut, berharap, bersyukur, tawakal dan zuhud serta mengikhlaskan niat kerana Allah dalam segala perbuatan.
abdulraiem (verified owner) –
Buku yang penting dibaca untuk para penuntut ilmu agar dapat tahu adab, akhlak dan hak-hak seorang penuntut ilmu.
Sheikh Shakir (Semoga Allah merahmati beliau) memberi point-point yang penting dan mengikut petunjuk dari al-Quran dan as-Sunnah yang hari ini ramai penuntut ilmu tidak tahu dan amalkan.
Tahkik dan takrij yang kemas. Tidak banyak buku bahasa melayu yakni buku agama di Malaysia mempunyai tahkik dan takrij seperti PIS yang mementing ketulinan/kesahihan suatu riwayat. Lebih-lebih lagi hadis daripada Rasulullah.