Judul: Malaikat: Sifat & Tugas Mereka
Judul Asal (Arab): Al-Bidayah wa Al-Nihayah: Bab Dhikr Khalq al-Mala’ikah wa Sifatihim ‘alayhim al-Salam
Penulis: Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī
Tahkik: Dr. ʿAbd Allāh bin ʿAbd al-Muḥsin al-Turkī
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 160 m/s (Soft Cover)
Buku ini merupakan terjemahan bagi salah satu bab dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām ibn Kathīr (w. 774H). Bab yang diterjemahkan itu merupakan bab kedua yang diberi tajuk: Bāb: Dhikr Khalq al-Malāʾikah wa Ṣifātihim ʿalayhim al-salām (Bab membahaskan fizikal dan sifat para malaikat – semoga Allāh melimpahkan salam-Nya buat mereka).
Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, bab ini membahaskan tentang fizikal serta ciri-ciri para malaikat. Imām ibn Kathīr membawakan pelbagai dalil dalam menceritakan tentang sifat-sifat malaikat. Pembaca pasti akan teruja dan juga pada masa yang sama kagum serta serba sedikit berasa seram dan gerun akan ciptaan-ciptaan Allāh ini, terutamanya perihal dua malaikat penyoal kubur.
Bab ini juga membahaskan tentang tugas-tugas para malaikat. Imām ibn Kathīr membawakan pelbagai dalil yang menceritakan perihal tugas mereka. Pembaca pasti teruja untuk mengetahui kepelbagaian tugas yang Allāh telah tetapkan buat mereka.
Dalam bab ini juga, dibahaskan juga tentang perbezaan pandangan para ulama salaf tentang kedudukan malaikat berbanding manusia. Siapakah yang lebih mulia kedudukannya? Manusia atau malaikat? Apakah dalil pihak masing-masing? In Shāʾ Allāh pembaca akan memperoleh jawapannya di bahagian penghujung buku ini.
Reviews
There are no reviews yet.