Judul: Ummahat Al-Mu’minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah ﷺ
Penulis: Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
Penerbit: The Sunnah Press Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-1910-0-9
Muka Surat: 204 m/s (Soft Cover)
Allah memuliakan seseorang yang mendahului orang lain dalam kebaikan. Maka diberikan ganjaran kepadanya atas kebaikan itu dan diberikan pula ganjaran jika ada orang yang mengikutinya.
Jika kita perhatikan dalam sirah, terdapat tokoh yang bersegera menyahut seruan kebaikan apabila mereka yakini itu adalah kebenaran.
Antara tokoh tersebut ialah Khadijah isteri Nabi sallallah alaih wasallam. Beliau segera beriman dengan baginda dan membantu baginda dalam dakwahnya. Oleh itu Ibn Hajar mengatakan:
ومما اختصت به سبقها نساء هذه الأمة إلى الإيمان، فسنت ذلك لكل من آمنت بعدها، فيكون لها مثل أجرهن
Maksudnya: antara perkara yang dikhususkan untuk Khadijah ialah beliau mendahului wanita bagi umat ini kepada iman. Maka beliau menunjukkan contoh keimanan bagi semua wanita yang beriman selepasnya. Maka beliau mendapat pahala sama seperti pahala mereka. (Fath al-Bari)
Membaca kisah Khadijah memberikan inspirasi kepada kita untuk bersegera menyahut kebenaran.
Dan banyak lagi peribadi unggul, Ibu kepada kaum Mukminin yang dimuatkan di dalam buku terbaru Dr. Rozaimi ini.
Ummahāt al-Muʾminīn bermaksud para ibu bagi orang – orang mukmin, iaitu para wanita yang dinikahi Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم dan baginda “bersama” dengan mereka. Mereka ini digelar sebegitu berdasarkan ayat al-Qur’an:
Nabi itu lebih berhak terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri [pada apa yang dia seru mereka ke arahnya, walaupun mereka cenderung kepada selainnya] dan isteri-isterinya merupakan ibu-ibu mereka. [Surah Al Ahzab Ayat 6]
Secara ringkasnya, arahan Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم lebih utama berbanding arahan manusia yang lain termasuklah ibu bapa dan orang mukmin. Seterusnya, mengapa para isteri baginda digelar sebagai ummahāt al-muʾminīn? Hal ini disebabkan ummahāt al- muʾminīn mempunyai hukum yang khusus, iaitu apabila baginda menikahi dan “bersama” dengan seseorang wanita itu dan kemudian baginda wafat, maka wanita tersebut tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki lain. Isteri nabi merupakan isteri baginda buat selama-lamanya hingga ke syurga.
Buku ini menyenaraikan Isteri Isteri Nabi yang merupakan ibunda kita semua untuk dijadikan contoh bagi kita khususnya Wwanita dizaman ini
Judul: Doa & Taubat Para Nabi (Edisi REVISI kepada buku Rintihan Para Nabi)
Judul Asal (Arab): Da’watul Anbiyaa’
Penulis: Shaykh ‘Abd al-Razzaq bin ‘Abd al-Muhsin al-Badr
Penterjemah: Muhammad Ata’ullah Mohd Ali
Penerbit: Multaqa Ahli Hadis Malaysia (MUHIM)
ISBN: 978-967-18085-1-1
Muka Surat: 284 m/s (Soft Cover)
Ketika membaca al-Quran, pernah tak kita terasa inkuiri, lalu bertanya, “Kenapa doa Nabi ini begini, dan kenapa doa Nabi itu begitu?”
Kenapa ketika Nabi Ayyub ditimpa penyakit dan kemiskinan, baginda mengucapkan,
أَنّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرحَمُ الرّاحِمينَ
“Sesungguhnya kesusahan telah menimpa saya, sedangkan Dikau adalah pengasih yang paling mengasihi.”?
Kenapa ketika Nabi Zakariyya menginginkan zuriat, baginda mengucapkan,
رَبِّ إِنّي وَهَنَ العَظمُ مِنّي وَاشتَعَلَ الرَّأسُ شَيبًا وَلَم أَكُن بِدُعائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
“Tuhanku, sesungguhnya tulangku sudah semakin rapuh, ubanku semakin ‘marak’, dan daku tidak pernah rugi dengan berdoa kepada-Mu.”?
Persoalan sebegini sangat penting dan signifikan, supaya kita dapat mempelajari seni berdoa para Nabi dan kita terapkan seni tersebut dalam doa-doa seharian kita.
Menjawab persoalan sebegini, Sh. Prof. Dr. ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr telah mengarang sebuah kitab yang berjudul Daʿawāt al-Anbiyā’.
Ia merupakan sebuah penulisan yang mengetengahkan doa-doa para Nabi dan Rasul sebagai sampel untuk ditadabburi, dipelajari dan diambil hikmahnya.
Meskipun buku ini bergenre tafsir, tetapi ia sengaja diolah dengan nafas moden, agar ia sesuai bagi setiap lapisan masyarakat. Penulis berjaya meringankan mesej yang dibawa dengan huraian santai tetapi sarat dengan makna dan info.
Alhamdulillah, kitab ini telah berjaya diterjemahkan dan diterbitkan oleh MUHIM dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai medium ilmu dan menyebarluaskan ilmu yang sahih dalam kalangan masyarakat Nusantara.
Reviews
There are no reviews yet.