Judul: Ibn Al-Mubarak: Idola yang Paling Dicemburui
Penulis: Dr. Kamilin Jamilin
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 318 m/s (Soft Cover)
Buku ini terkandung pengenalan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi kita, dialah ‘Abd Allah bin Al-Mubarak, seorang insan agung dari generasi salaf al-salih yang sangat harum untuk diceritakan. Dahulunya beliau sangat terkenal, malah namanya meniti di bibir orang ramai dan kebaikannya dicemburui para ulama yang soleh. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat RA, kita tidak menemui seorang pun yang memliki kehidupan yang lebih mengagumkan daripada Ibn Al-Mubarak. Allah ta’ala telah menganugerahkan insan ini hampir semua kenikmatan hidup yang diimpikan oleh manusia yang bertakwa.
Dalam bab keimanan, beliau mengajar kita hakikat keikhlasan dan kegerunan terhadap Allah.
Dalam bab ilmu, beliau menguasai pelbagai cabang disiplin ilmu sehingga digelar “ensiklopedia” dan diiktiraf sebagai tokoh ilmuwan timur dan barat pada zamannya.
Dalam bab harta, beliau seorang tokoh perniagaan yang sangat berjaya yang kaya-raya.
Dalam bab memberi, beliaulah individu paling dermawan yang pernah kita kenali.
Dalam bab zuhud, bab beramal, berdakwah, akhlak, sebut sahaja apa bab kebaikan, pasti lelaki yang diberkati ini sudah pantas berada di sana!
Antara kandungan buku ini termasuklah mengenai peribadi dirinya, keturunannya, tarikh lahirnya, proses perkembangannya, akidahnya, keluarganya, kehidupan ilmiahnya, manhaj hadisnya, karya-karyanya, keikhlasannya, zuhudnya, waraknya, tawaduknya, kemurahan hatinya, ibadahnya, jihadnya, dakwahnya, akhlak peribadinya, ketinggian kedudukannya dan kewafatannya.
Penulis, Dr. Kamilin Jamilin merupakan penulis buku bestseller sepanjang zaman Karya PiS, Muhammad SAW: Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan yang telah terjual lebih 50,000 naskah, selain buku Ibu Ayah Andaiku Menangis Air Mata Darah yang terjual lebih 10,000 naskah.. Buku-buku beliau diminati ramai atas gaya penulisan ilmiah tetapi santai, mudah dibaca dan difahami, tetapi dalam masa yang sama sangat informatif dan menitikberatkan sumber rujukan yang asli untuk setiap fakta dan ilmu yang dinukilkan di dalam penulisan beliau.
Judul: Pegangan Akidah ‘Abd Allah bin al-Mubarak
Penulis: Shaykh al-Islam ‘Abd Allah bin al-Mubarak
Tahkik: Shaykh ‘Adil Alu Hamdan
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 40 m/s (Soft Cover)
Shaykh al-Islām Abū ʿAbd al-Raḥmān ʿAbd Allāh ibn al-Mubārak merupakan seorang ulama prolifik yang tak asing bagi penuntut ilmu agama. Jasa dan sumbangan beliau dalam agama Islām tidak boleh sama sekali dipertikaikan. Umat Islām sememangnya terhutang budi dengan beliau dalam segenap bidang ilmu, sama ada dalam bidang ilmu hadis, ilmu fiqah, ilmu tafsir, ilmu bahasa Arab dan banyak lagi.
Dengan kaliber beliau yang sebegitu hebat, amat mustahil sekiranya beliau tidak menyumbang apa-apa dalam bidang ilmu akidah, kerana ilmu akidah merupakan teras bagi agama yang mulia ini. Oleh itu, segala puji bagi Allāh, pihak Karya PiS telah berjaya menerbitkan terjemahan bagi dua risalah akidah yang dikarang oleh Shaykh al-Islām ibn al-Mubārak. Tajuk risalah pertama ialah; Mujmal Iʿtiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah (Kesimpulan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah), manakala tajuk risalah kedua ialah: Qaṣīdah fī al-Sunnah (Rangkap puisi berkenaan akidah Ahl al-Sunnah). Semoga Allāh menjadikan risalah ini bermanfaat untuk umat Islām di Malaysia.
Terjemahan ini bersumberkan daripada teks yang telah ditahkik dah disemak oleh Shaykh ʿĀdil Ālu Ḥamdān. Beliau telah mengkaji ratusan malah ribuan manuskrip, menaipnya kembali serta menerbitkannya dengan cetakan moden. Antara hasil kajian beliau adalah himpunan risalah akidah para ulama salaf yang beliau himpunkan dalam sebuah kitab yang beliau berikan judul: al-Jāmiʿ fī ʿAqāʾid wa al-Rasāʾil Ahl al-Sunnah wa al-Athar (Himpunan risalah akidah Ahli Sunnah dan Athar).
Dihimpunkan risalah-risalah akidah daripada 60 tokoh ulama Ahli Sunnah dan salah satunya adalah Shaykh al-Islām ʿAbd Allāh bin al-Mubārak. Semoga Allāh mengganjari usaha baik Shaykh ʿĀdil dalam memperkenalkan kepada umat Islām akidah para ulama salaf terdahulu.
Reviews
There are no reviews yet.