Judul: Mengimani Tangan Allah
Judul Asal (Arab): Ithbāt al-Yad li-Llāh subḥānah Ṣifatan min Ṣifātihi
Penulis: Imam Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al-Dhahabi
Penterjemah: Mohd Afiq Mohd Akhir
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-8-7
Muka Surat: 186 m/s (Soft Cover)
Antara ciri-ciri khas ahli al-Sunnah wa al-Jamaah adalah mereka beriman dengan segala sifat yang Allah firmankan dan Rasul-Nya sabdakan. Mereka mengimani bahawa sifat-sifat tersebut adalah benar, dan mereka menyerahkan hakikat sifat itu kepada Allah.
Apabila golongan Jahmiyyah muncul, mereka menuduh ahli al-Sunnah sebagai mushabbihah (golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk) dan mujassimah (golongan yang mendakwa Allah itu jisim), semata-mata kerana ahli al-Sunnah beriman dengan segala sifat yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah!
Bagi mempertahankan akidah ahli al-Sunnah ini, Imam al-Dhahabi (w. 748H) mengarang sebuah risalah kecil berjudul (إثبات اليد لله صفةً من صفاته), bermaksud “mengimani Allah memiliki tangan yang merupakan salah satu sifat-Nya.”
Kerana antara sifat Allah yang banyak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah Dia memiliki tangan yang kita tidak tahu bagaimana hakikatnya. Ahli al-Sunnah beriman dengan sifat ini, tetapi golongan Jahmiyyah kufur dengan sifat ini.
Alhamdulillah, buku penting yang ditakuti oleh golongan Jahmiyyah ini telah berjaya dialihbahasakan ke dalam bahasa Malaysia oleh tim Karya PiS, bagi meluaskan lagi manfaatnya untuk pengguna bahasa Melayu.
Judul: Prinsip Pendidikan Anak-anak
Judul Asal (Arab): Rakā’iz fī Tarbiyat al-Abnā’
Penulis: Shaykh ‘Abd al-Razzaq bin ‘Abd al-Muhsin al-Badr
Penterjemah: Muhammad ‘Ataullah Mohd Ali
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-00-8
Muka Surat: 68 m/s (Soft Cover)
Dalam al-Quran, Allah kerap merakamkan permintaan para Nabi dan orang soleh agar dikurniakan anak dan zuriat yang baik dan soleh.
Antaranya, Allah merekodkan permintaan Nabi Zakariyya dalam surah Āl ʿImrān, ayat 38,
قالَ رَبِّ هَب لي مِن لَدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَميعُ الدُّعاءِ
Maksudnya: Zakariyya merintih, “Duhai Tuhanku, kurniakan keturunan yang baik daripada sisi-Mu kepadaku; sesungguhnya Dikau maha mendengar segala doa.”
________
Karya PiS menerbitkan sebuah buku berkaitan pendidikan Islami untuk anak-anak, yang diekstrak daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Buku berjudul Prinsip Pendidikan Anak-Anak yang merupakan hasil buah pena Shaykh Dr. ʿAbd al-Razzaq al-Badr ini merupakan buku penting buat yang bergelar dan bakal bergelar ibu bapa, yang tertanya-tanya,
“Bagaimanakah mahu mendidik anak mengikut acuan Islam sebenar?”
Judul: Asas Ilmu Tajwid
Judul Asal (Arab): Matan Tuhfat al-Atfal
Penulis: Al-Imam al-Muqri’ Sulayman bin Husayn al-Jamzuri
Penterjemah: Abdullah Izzat Tengku Sidek
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-9-4
Muka Surat: 44 m/s (Soft Cover)
Ilmu tajwid merupakan ilmu yang paling asas dalam ʿUlūm al-Qur’ān. Ia merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim agar mereka membaca al-Qur’ān dengan baik. Allāh taʿālā sendiri memerintahkan kita untuk membaca al-Qur’ān dengan baik, firman Allāh dalam Sūrat al-Muzzammil, ayat 4 (73/4):
وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا
Dan engkau bacalah dengan perlahan dan sebutan yang jelas akan al-Qur’ān dengan sesungguh-sungguh pembacaan dengan perlahan dan sebutan yang jelas.
Ya, Allāh memerintahkan kita untuk membaca al-Qur’ān dengan tartīl, iaitu membacanya dengan kadar yang perlahan dan sebutan yang jelas.
Jadi bagaimana untuk kita mencapai bacaan tartīl tersebut? Antaranya adalah dengan mempelajari ilmu tajwid. Ilmu ini mengajar kita untuk menyebut bacaan al-Qur’ān dengan betul, seperti dengung (idghām), bacaan panjang atau pendek (mad) dan lain-lain.
Untuk membantu orang ramai dalam mempelajari ilmu ini, Karya PiS telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan sebuah teks pengajian asas dalam ilmu tajwid dalam bentuk gubahan syair agar mudah untuk para penuntut ilmu menghafalnya.
Matan ini juga banyak digunakan sebagai silibus pengajian ilmu tajwid bagi tahap pemula di kebanyakkan madrasah di seluruh dunia.
Semoga terjemahan ini memberikan manfaat buat para tenaga pengajar dan juga penuntut ilmu yang mengambil manfaat darinya.
Judul: Rintihan Para Nabi
Judul Asal (Arab): Da’watul Anbiyaa’
Penulis: Shaykh ‘Abd al-Razzaq bin ‘Abd al-Muhsin al-Badr
Penterjemah: Muhammad Ata’ullah Mohd Ali
Penerbit: Multaqa Ahli Hadis Malaysia (MUHIM)
ISBN: 978-967-18085-0-4
Muka Surat: 266 m/s (Soft Cover)
Ketika membaca al-Quran, pernah tak kita terasa inkuiri, lalu bertanya, “Kenapa doa Nabi ini begini, dan kenapa doa Nabi itu begitu?”
Kenapa ketika Nabi Ayyub ditimpa penyakit dan kemiskinan, baginda mengucapkan,
أَنّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرحَمُ الرّاحِمينَ
“Sesungguhnya kesusahan telah menimpa saya, sedangkan Dikau adalah pengasih yang paling mengasihi.”?
Kenapa ketika Nabi Zakariyya menginginkan zuriat, baginda mengucapkan,
رَبِّ إِنّي وَهَنَ العَظمُ مِنّي وَاشتَعَلَ الرَّأسُ شَيبًا وَلَم أَكُن بِدُعائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
“Tuhanku, sesungguhnya tulangku sudah semakin rapuh, ubanku semakin ‘marak’, dan daku tidak pernah rugi dengan berdoa kepada-Mu.”?
Persoalan sebegini sangat penting dan signifikan, supaya kita dapat mempelajari seni berdoa para Nabi dan kita terapkan seni tersebut dalam doa-doa seharian kita.
Menjawab persoalan sebegini, Sh. Prof. Dr. ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr telah mengarang sebuah kitab yang berjudul Daʿawāt al-Anbiyā’.
Ia merupakan sebuah penulisan yang mengetengahkan doa-doa para Nabi dan Rasul sebagai sampel untuk ditadabburi, dipelajari dan diambil hikmahnya.
Meskipun buku ini bergenre tafsir, tetapi ia sengaja diolah dengan nafas moden, agar ia sesuai bagi setiap lapisan masyarakat. Penulis berjaya meringankan mesej yang dibawa dengan huraian santai tetapi sarat dengan makna dan info.
Alhamdulillah, kitab ini telah berjaya diterjemahkan dan diterbitkan oleh MUHIM dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai medium ilmu dan menyebarluaskan ilmu yang sahih dalam kalangan masyarakat Nusantara.
Reviews
There are no reviews yet.