Israk & Mikraj
Peristiwa yang diabadikan dalam Al-Qur'an
- Walaupun para ahli ilmu berbeza pandangan tentang bilakah ia terjadi, namun kebenaran akan peristiwa ini wajib kita percaya dan akui.
- Pada zaman Rasulullah, golongan Musyrikin mengingkari kisah ini kerana ia tidak terjangkau akan pemikiran mereka.
- Para Sahabat seperti Abu Bakar dan lain-lain tetap teguh mengimani dan mempercayai cerita yang dibawa oleh Rasul yang kita cintai.
- Dalam buku ini diceritakan kronologi Israk & Mikraj, hikmah disebalik peristiwa yang seorang Muslim perlu ambil iktibar, penghayatan kisah Israk dan Mikraj, pembezaan antara kisah yang sahih dan tidak sahih berkenaan Israk dan Mikraj.