Judul: Hukum Merokok
Judul Asal (Bahasa Arab): Ḥukm Shurb al-Dukhān
Penulis: Shaykh ʿAbd al-Raḥman bin Nāṣir al-Siʿdī
Penterjemah: Abdullah Izzat Tengku Sidek
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Muka Surat: 22 m/s (Saiz Half-Letter) – E-Buku PDF
Apa kelebihan buku ni?
Kenapa kami pilih buku ni?
- Sempena Ramadan tahun 1441H, kali pertama kita menghadapi bulan Ramadan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita berpuasa bersama anak dan isteri di rumah, bersolat tarawih, bertadarus Al-Quran dan lain-lain kesemuanya dilakukan di rumah.
- Secara kebiasaannya, masyarakat akan tahu dan faham akan keperluan untuk meninggalkan rokok pada siang Ramadan (kerana ia membatalkan puasa, menurut mereka). Dan banyak juga yang mengambil peluang bulan Ramadan untuk memperbaiki diri serta meninggalkan tabiat merokok.
- Apakah hukum merokok yang sebenarnya? Harus, makruh atau haram?
- Apakah implikasi seorang perokok terhadap agama mereka?
- Dengan itu, apa kita kita jadikan Ramadan yang paling bermakna ini, yang penuh bersejarah, untuk menjadi tahun pertama kita bertemu Tuhan dalam keadaan yang lebih baik.
- Buku ini membantu kita untuk aplikasi cara yang terbaik untuk sesiapa yang merokok menghadapi Ramadan tahun ini, dan tahun-tahun seterusnya. Yang tidak merokok juga boleh mengambil manfaat daripadanya agar kaum keluarga kita, kawan-kawan dan lain-lain faham tentang bukan sahaja merokok di bulan Ramadan, bahkan juga bulan-bulan yang lain..
- Penulis adalah dari keturunan Bani Tamim, dan merupakan guru kepada seorang tokoh ulama terkenal di zaman ini, Shaykh Muhammad bin Salih al-Uthaymeen. Selain itu, anak muridnya yang terkenal juga adalah Shaykh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam.
Yang membuatkan ia lagi menarik…
- Ini adalah terjemahan Bahasa MELAYU (bukan Indonesia) moden yang pertama, kami berikan secara PERCUMA kepada pembaca Karya PiS yang kami sayangi.
Reviews
There are no reviews yet.