Judul: Zikir Pagi & Petang, dan Selepas Solat Fardu
Penulis: Shaykh Saʿīd bin ʿAlī bin Wahf al-Qaḥṭānī
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 56 m/s (Soft Cover) – Buku Poket
ISBN: 978-967-2910-34-3
Buku poket ini merupakan terjemahan dan ekstrak daripada sebuah buku himpunan zikir kontemporari yang sangat terkenal, iaitu kitab Ḥiṣn al-Muslim (Perisai Muslim) susunan Shaykh Saʿīd bin ʿAlī bin Wahf al-Qaḥṭānī rahimahullah. Dalam kitab tersebut, terkandung sangat banyak zikir-zikir yang bersumberkan al-Qurʾān dan hadis-hadis yang ṣaḥīḥ yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan kita. Antaranya termasuklah zikir ketika menyarung pakaian baru, zikir ketika melihat cermin, bacaan dalam solat istikharah, doa ketika ditimpa ribut, doa setelah hujan dan banyak lagi doa-doa dan zikir-zikir yang sangat bermanfaat untuk kita semua amalkan.
Namun dalam banyak-banyak zikir dan doa tersebut, paling minima sekali, terdapat dua kategori zikir yang paling penting untuk diamalkan secara konsisten oleh seseorang Muslim setiap hari; iaitu Zikir Pagi & Petang serta Zikir Selepas Solat Fardu. Zikir-zikir inilah yang menjadi “bekalan” jiwa bagi seseorang Muslim itu untuk menempuh harinya. Sekiranya diamati makna zikir-zikir dan doa-doa serta fadilat-fadilatnya, sememangnya zikir-zikir ini merupakan “bekal” dan “perisai” bagi yang mengamalkannya untuk mengharungi hari-harinya dengan penuh kebaikan dan kesejahteraan.
Semoga setiap insan yang membaca buku kecil ini dianugerahkan oleh Allāh kemampuan untuk menghafal kesemua zikir-zikir ini serta mengamalkannya secara konsisten sehingga ke akhir hayat.
Semoga terjemahan dan susunan ini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
Reviews
There are no reviews yet.