DAURAH bedah buku “Mengimani Takdir” akan dianjurkan oleh Akademi Sunnah secara LIVE di Facebook pada tarikh yang akan dimaklumkan.
*Maklumat lanjut berkenaan Daurah ada di Facebook Karya PiS
**Rakaman video akan diupload kemudian di YouTube Akademi Sunnah
Judul: Mengimani Takdir
Judul Asal (Bahasa Arab): Risalat Ithbat Al-Qadr
Penulis: Amīr al-Mu’minīn ‘Umar bin al-Khaṭṭāb
Pentahkik: Shaykh ‘Ādil Ālu Ḥamdān
Penterjemah: Muhammad ‘Ataullah Mohd Ali
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-6-3
Muka Surat: 36 m/s (Soft Cover)
Berat: 66 g
Buku yang berada di hadapan pembaca ini merupakan terjemahan sebuah surat yang ditulis oleh Amīr al-Mu’minīn ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA kepada Abū Mūsā ‘Abd Allāh bin Qays al-Ash‘arī RA berkenaan dengan Qaḍā’ dan Qadar. Hal ini kerana bidaah dalam bab Qaḍā’ dan Qadar merupakan antara bidaah yang terawal dalam Islām. Oleh itu sebenarnya banyak riwayat-riwayat para sahabat yang membantah golongan ini dan salah satunya termasuklah surat yang ditulis oleh ‘Umar bin al-Khaṭṭāb ini.
Dalam edisi cetakan ini, bab yang ditulis dan disusun oleh penyunting adalah bab-bab biografi ‘Umar al-Khaṭṭāb RA, Abū Mūsā al-Ash‘arī RA dan juga Imām ibn Mandah RH, serta bab bibliografi. Selainnya adalah tulisan dan hasil kajian pentahkik asal risalah ini; Shaykh ‘Ādil Ālu Ḥamdān.
abdulraiem (verified owner) –
Satu risalah yang ringkas tetapi sangat mendalam jika dihayati dan disyarahkan.
Sekali lagi PIS membawa sebuah risalah yang sangat berharga untuk para pecinta Allah dan Rasul-NYA dan yang mencintai kebenaran.
Siap ada scan manuskrip asal. Sangat-sangat cool. Saya berharap akan banyak lagi karya-karya seperti ini dari PIS dan saya berharap PIS akan menggunakan kertas warna kuning/cream dan teks berwarna agar dapat menambah nilai risalah ini dan tidak jemu dibaca berulang-ulang kali.
Bagi peminat buku seperti saya, kualiti kertas dan material adalah ”extra point” dan menjadi hati rasa senang membacanya.