Judul: 10 Prinsip Penyucian Jiwa
Judul Asal (Arab): ‘Ashr Qawa’id fi Tazkiyat Al-Nafs
Penulis: Shaykh ‘Abd Al-Razzaq bin ‘Abd Al-Muhsin Al-Badr
Penterjemah: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-0-1
Muka Surat: 155 m/s (Soft Cover)
Berat: 230 g
Firman Allah: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebaikan) [Surah Al-Shams, ayat 9] Dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa sesiapa yang berusaha untuk menyucikan jiwanya serta memperbaiki dan meninggikannya dengan memperbanyak amalan ketaatan dan kebaikan serta menjauhkan diri daripada keburukan dan kejahatan, maka mereka itulah orang yang berjaya. Jiwa-jiwa yang mulia tidak akan senang hati melainkan dengan perkara yang tertinggi, paling utama dan paling terpuji keberkesanannya. Manakala jiwa-jiwa yang hina pula akan berlegar-legar sekitar perkara keji, lalu bertenggek padanya seperti lalat hinggap pada kotoran. Jiwa yang mulia tidak akan senang hati dengan kezaliman, kekejian, korupsi mahupun pengkhianatan kerana nilainya lebih besar dan lebih mulia berbanding hal tersebut. Setiap jiwa itu akan condong kepada apa sahaja yang bersesuaian serta menyamainya. Penyucian jiwa itu tidak dilakukan dengan kekerasan dan paksaan, yang menghalang manusia daripada hak-hak yang telah Allah fitrahkan dalam jiwa seorang Muslim. Ia juga tidak ditunaikan dengan bermudah-mudahan, diabaikan, serta dibiar tenggelam dalam keinginan syahwat. Bahkan ia dilakukan sesuai syariat, bersikap sederhana, tidak secara melampau dan bermudah-mudahan. Buku ini menjelaskan 10 prinsip penting yang dapat membantu seorang Muslim menyucikan jiwa serta membangunkan dirinya, di samping membersihkannya daripada sifat yang memalitkan kotoran dan keburukan padanya.
abdulraiem (verified owner) –
Inilah tasawuf yang sebenar. Penuh dengan dalil dari al-Quran dan hadis. Tulisan Sheikh Abd al Razzaq al-Badr sangat mudah difahami dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Point-point yang disentuh penulis sangat praktikal dan berkait dalam kehidupan seharian.
Terjemahan yang menarik, tahkik yang kemas, takrij yang baik. Sangat sesuai dibaca bersama keluarga, kuliah masjid/surau, untuk bacaan personal. Rugi jika dimiliki.