Judul: Ilmu: Jenis & Kedudukannya
Judul Asal (Arab): Masa’il fi Tholab al-‘Ilm wa Aqsaamih
Penulis: Imam Muhammad bin Ahmad bin Uthman Al-Dhahabi
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-3-x
Muka Surat: 76 m/s (Soft Cover)
Antara ulama’ terbaik yang membahaskan secara panjang lebar tentang apakah jenis & kadar ilmu agama yang wajib diketahui oleh orang awam & penuntut ilmu agama ialah imam Al-Dzahabi (748ت) – rahimahullah – di dalam risalah beliau:
“Masa’il Fi Tolab Al-ilm, Wa Aqsamih”
Ada perincian yang baik di dalam kitab ini tentang ilmu yang wajib, sunat, harus, makruh, & haram dipelajari oleh orang awam dan oleh penuntut ilmu.
abdulraiem –
Risalah yang sangat bermanfaat buat ummah. Terdapat mutiara-mutiara kata kalam Ulama yang hebat Al-Dhahabi walaupun ringkas.
Terjemahan yang baik, tahkik dan takrij yang kemas. Yang menjadi ‘Favourite’ mengenai risalah ini ialah adalah scan manuskrip asal. Sangat-sangat cool dan ini yang menjadikan PIS istimewa berbanding publisher yang lain.
Saya harap PIS dapat keluarkan buku dengan menggunakan kertas kuning atau warna cream dan perkataan berwarna seperti kitab-kitab arab untuk menambah keunikan dan daya kualiti risalah/buku. Kertas cream/kuning sangat membantu mata bagi yang suka membaca buku untuk jangka masa yang lama. Sehingga risalah ini tidak bosan walaupun dibaca berulang-ulang.