Karya PiS Sdn. Bhd. (PiS) adalah sebuah syarikat penerbit, pencetak dan pengedar bahan-bahan ilmiah seperti buku, majalah, dan lain-lain. Perniagaan ini telah didaftarkan mulanya sebagai “Perniagaan Persendirian / Sole Proprietor” pada Ogos 2014. Semenjak ditubuhkan, PiS menjadikan laman web sebagai medan jualan buku-buku yang diterbitkan sendiri, dan juga terbitan syarikat-syarikat lain seperti Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Pustaka Azzam, Bayyinah Enterprise, Mariah Muhammad Enterprise, Media Hidayah dan lain-lain.

Sehingga kini lebih kurang hampir 4 tahun beroperasi, PiS mendapat sambutan yang baik daripada pembeli dengan servis pelanggan yang terbaik. Pembeli boleh membuat pembelian secara online 24 jam sehari dan 7 jam seminggu, ataupun melalui WhatsApp ke talian hotline syarikat, 017 6733 432.

Alhamdulillah, melangkah setapak lagi ke hadapan, syarikat Karya PiS Sdn. Bhd ditubuhkan pada 29 Jun 2016. Penerbitan bahan-bahan ilmiah termasuk hasil kajian, terjemahan karya para ulama dan dakwah santai diteruskan, dan kali ini dibantu oleh syarikat bersekutu, antaranya Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise. Setakat pertengahan tahun 2019, PiS telah menerbitkan lebih 40 judul buku yang didaftarkan dengan ISBN. Buku-buku terbitan PiS juga kini boleh didapatkan di pasaran kedai-kedai buku popular seperti rangkaian MPH Bookstores, PTS Bookcafe, dan lain-lain.

Ahmad Sabri Jinlapudin
CEO / PENGASAS

Pengasas syarikat PiS pada Ogos 2014, merupakan seorang akauntan bertauliah lulusan sijil professional, ACCA UK.

THALHAH MOHD ZAKI
COO

Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Operasi iSDC, dan menyertai PiS sejak Julai 2016, tertumpu kepada skop jualan dan pemasaran online.

Abdullah Izzat
PRODUKSI

Pengasas Maktabah Dar ar-Rakhis yang membantu kerja-kerja terjemahan dan terbitan PiS sejak 2016.

Jawatankuasa Penasihat Syariah

Ustaz Muhammad Asrie Sobri
Penasihat Syariah 1

Graduan Universiti Islam Madinah, dan merupakan pegawai penyelidik khas di Yayasan Ta’lim.

Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
Penasihat Syariah 2

Graduan Universiti Islam Madinah, dan merupakan pegawai penyelidik khas di Yayasan Ta’lim.