Dalam episod yang lepas, adik-beradik Yusuf telah berjaya meninggalkan Nabi Yusuf di dalam perigi.
Kemudian, ada beberapa orang musafir yang on the way ke Mesir singgah untuk ambil air di perigi tu.
“Berita gembira! Ini seorang anak muda!”
Merka pun ambil Nabi Yusuf dan sorok dia, untuk jual bila dah sampai Mesir nanti.
Bila adik-beradik Nabi Yusuf tahu cerita tu, mereka pun datang menyusul musafir tu, dan claim Nabi Yusuf tu hamba mereka. Mereka pun buat lah negotiate dengan musafir tu, lepas tu Nabi Musa dijual dengan harga yang sangat murah, sekitar 20 dirham (ada pendapat kata 22 dirham, ada kata 44 dirham. wallahu a’lam), dan adik-beradik tu bahagi-bahagi sorang dua dirham lebih kurang.
Sampai ke Mesir, ada orang beli Nabi Yusuf, dan kata dekat isteri dia, “Berikanlah dia tempat tinggal yang baik. Boleh jadi dia bermanfaat untuk kita, atau kita ambil dia sebagai anak angkat.”
Faedah: Ini merupakan kasih sayang dan rahmat Allah yang dianugerahkan kepada Nabi Yusuf, setelah dugaan dan ujian yang menimpa baginda.
Baik, siapa pula yang beli Nabi Yusuf ni?
Apa nasib Nabi Yusuf selepas tu?
Adakah dia akan dijadikan hamba kepada pembeli itu selamanya?
Atau adakah Nabi Yusuf akan menghadapi hari-hari penuh kebahagiaan selepas itu?
Jom, tunggu next episod sebelum buku yang ditempah sampai ke tangan tuan-tuan/puan-puan.