Selepas adik-beradik Nabi Yusuf mencampak Nabi ke dalam perigi itu, mereka ambil pakaian Nabi ketika itu, campur dengan darah, kemudian pulang kepada ayah mereka, Nabi Ya’qub sambil menangis kononnya Nabi Yusuf telah dibaham serigala.
Tips: Sebahagian salaf kata, janganlah tertipu dengan tangisan seorang pengadu, kerana banyak orang zalim yang menangis, seperti tangisan adik-beradik Yusuf.
Yang kelakarnya, mereka kata Nabi Yusuf kena baham dek serigala, tapi baju Nabi Yusuf tak terkoyak sedikit pun, ada darah je. Mereka buat-buat ignore (padahal dalam hati dah cuak), tetap rahsiakan apa yang mereka dah buat dekat Nabi Yusuf.
Nabi Ya’qub dah tahu Nabi Yusuf masih hidup lagi, kan dia dah tafsir mimpi Nabi Yusuf tentang 11 bintang, matahari dan bulan yang saya cerita sebelum ni. So Nabi Ya’qub kata: “Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu, kesabaran itu amatlah indah. Dan Allah sahajalah tempat memohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan.”
Tips: Apa jua musibah yang menimpa, tetaplah kita bersabar, tidak melatah dan reda dengan ujian yang Allah berikan.
Nabi Yusuf buat apa dalam perigi tu sorang-sorang?
Apa jadi selepas tu?
Nabi Yusuf panjat perigi sendiri balik rumah?
Allah bagi mukjizat Nabi terus terbang balik rumah ke?
Akan bersambung insyaAllah~