Suatu hari, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf untuk tunduk kepadanya. Dia tutup pintu-pintu, dan kata dekat Nabi Yusuf, “mai lah sini.”

Nabi Yusuf cuba mengelak, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku (Zulaikha dan suami) telah melayaniku dengan baik sekali.”

Nabi Yusuf seorang yang sangat kacak, wanita mana yang tak tertarik. Wanita Melayu kita pun, apa kurangnya, tengok lelaki hensem sikit dekat tv, lompat terkinja-kinja macam orang gila, save gambar dalam phone lah, tampal gambar dekat dinding, buat wallpaper dekat laptop. Ish3.

Zulaikha pula seperti yang saya kata dalam emel sebelum ni, seorang wanita muda yang sangat cantik, dan kaya. Haritu pula dia sengaja pakai pakaian yang paling cantik yang dia ada. Nabi Yusuf pun memang ada keinginan terhadap Zulaikha ni.

Jadi, dua orang ni saling menghendaki antara satu sama lain. Jeng jeng jeng.

Pintu dah tertutup, tak ada siapa yang tengok. Zulaikha pun kejar Nabi Yusuf, tapi Nabi Yusuf seorang yang bertakwa, dia selamatkan dirinya lari ke arah pintu, tapi Zulaikha sempat tarik baju Nabi Yusuf sehingga terkoyak. Tiba-tiba, suami Zulaikha ada di pintu tu.

Zulaikha pun tuduh la Nabi Yusuf cuba nak merogol dia, “tengok tu! Baju Yusuf koyak. Apakah balasan yang sesuai terhadap orang yang nak berbuat sesuatu terhadap isterimu? Penjara? Seksaan yang pedih?

Nabi Yusuf pula kena tuduh.
Adakah Nabi Yusuf terus dipenjarakan?
Apa reaksi suami Zulaikha bila tengok peristiwa ni?

BARU
RM20.00
PREORDER

Ilmu Hadis

Istilah Ahli Hadis

RM10.00

Adab & Akhlak

Tabiat Jahiliyyah

RM20.00
RM15.00
RM13.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *