Karya PiS · Penerbit pilihan anda

Akidah, Kanak-kanak

Siri Hafsah & Mama: Allah, Tuhan yang Disembah dan Diibadahi

RM 8.00

Zaman yang sangat mencabar

Buat para ibu dan ayah

Nak membentuk jati diri Muslim

Dalam diri anak-anak kecil.

Menyahut cabaran ini, Karya PiS bekerjasama dengan penulis yang berkhidmat dalam industri pendidikan anak-anak berusaha menghasilkan siri buku tauhid, Hafsah & Mama. Siri Hafsah & Mama adalah buku cerita kanak-kanak yang berteraskan ilmu asas agama Islam bersandarkan Al-Quran & Al-Sunnah.

Untuk siri kedua, buku ini menyentuh perihal Allah sebagai Tuhan yang disembah dan diibadahi. Sentuhan disalurkan menggunakan ilustrasi, dialog, aktiviti melukis dan mewarna sesuai dengan jiwa anak-anak cilik. Buku ini menggambarkan bagaimana Mama mengasuh Hafsah mentauhidkan Allah s.w.t. dalam kehidupan seharian mereka.

Turut disertakan dalil-dalil rujukan daripada Al-Quran dan hadis, serta aktiviti mewarna sebagai hiburan sampingan anak-anak.

Diharapkan Siri Hafsah & Mama ini dapat berperanan dalam menanamkan akar tauhid yang kuat dalam diri setiap anak-anak Muslim.