Butiran buku
- Judul asal
- Ṭalab al-Duʿāʾ min al-Amwāt Dirāsah ʿAqadiyyah
- Penulis
- Dr. Muḥammad bin ʿAbd Allāh al-Khuḍayrī
- Penerbit
- Karya PiS
- Jumlah muka surat
- 248
- Kulit buku
- Softcover
- ISBN
- 978-967-2910-67-1
SKU: PIS-0118
Akidah, Kajian Ilmiah
Meminta Doa daripada Orang Mati
RM 32.00
Terjemahan oleh: Abdullah Izzat Tengku Sidek (Chief Research Officer Karya PiS)
Isu meminta doa daripada orang yang telah meninggal dunia bukanlah suatu isu yang baharu, namun ia kembali hangat diperdebatkan di media sosial dan di meja-meja penceramah pada masa kini. Terdapat segelintir pihak yang membawa pelbagai kekeliruan dengan mendakwa perbuatan ini dibolehkan, menyamakannya dengan amalan meminta doa daripada orang hidup, atau mendakwa ia sekadar tawasul yang tidak jatuh ke tahap syirik.
Buku "Meminta Doa daripada Orang Mati: Kajian daripada perspektif akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah" karya Dr. Muḥammad bin ʿAbd Allāh al-Khuḍayrī terbitan Karya PiS ini, hadir tepat pada masanya sebagai sebuah naskhah khusus dalam merungkai polemik ini. Penulis tidak mengambil pendekatan simplistik dengan hanya menolak atau menerima sesuatu pandangan, sebaliknya beliau membedah struktur hujah dengan menghuraikan faktor-faktor penentu hukum (manāṭāt) yang menjadi asas perbahasan, seperti matlamat ziarah kubur, isu pendengaran orang mati, dan hakikat permohonan syafaat.
Apa yang menarik tentang buku Ini?
Merungkai syubhat akidah: Buku ini membatalkan syubhat dan kekeliruan golongan penyembah kubur, dan sebahagian pengikut tarekat sesat secara terperinci yang mengamalkan budaya meminta doa daripada orang mati ketika berada dalam kesusahan dan keperluan.
Menghimpunkan fatwa ulama: Praktik meminta doa daripada orang mati ini tidak wujud pada zaman awal umat Islam, ketika era kehidupan Nabi SAW dan para sahabat. Ia hanya muncul selepas berlalunya generasi terbaik ini, dan para ulama mengingkarinya, dalam rangka memelihara sunnah, melindungi kesucian tauhid, serta menutup jalan-jalan yang membawa kepada syirik dan kerosakan.
Sandaran dalil yang kukuh: Karya ini mengembalikan perbahasan kepada asas utamanya dengan bersandarkan al-Qurʾān, al-Sunnah, dan pandangan para imam muktabar, jauh daripada unsur retorik dan sentimen emosi.
Naskhah terjemahan yang menggunakan laras bahasa yang jelas ini bukan sekadar menjawab satu persoalan kontroversi, tetapi ia sangat penting dalam membina kefahaman tauhid yang murni. Ia membantu pembaca memahami metodologi ulama dalam menilai sesuatu amalan, sekaligus melindungi akidah masyarakat daripada terjerumus ke dalam pintu-pintu bidaah dan kesyirikan. Sebuah bacaan wajib bagi para penuntut ilmu dan umat Islam yang ingin menjaga kesucian akidah mereka!
