Karya PiS · Penerbit pilihan anda

Sejarah

Kisah Nabi Yusuf, Ayyub & Dhu al-Kifl

RM 33.00 – RM 55.00

Buku ini merupakan sambungan siri terjemahan karya agung kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Imām Ibn Kathīr). Siri ke-7 ini menghimpunkan perjalanan hidup, ujian, dan pengajaran daripada tiga nabi Allāh — Nabi Yūsuf, Nabi Ayyūb, dan Nabi Dhū al-Kifl.

  • Kisah Nabi Yūsuf ʿalayhi al-salām: Memaparkan perjalanan lengkap Baginda yang diuji dengan sifat hasad dengki adik-beradik, dicampakkan ke dalam perigi, dijual sebagai hamba, digoda, difitnah, dan dipenjarakan. Baginda meneladankan kesucian diri, ketaatan, dakwah dalam kesempitan, serta sifat memaafkan apabila dikurniakan kuasa di Mesir.

  • Kisah Nabi Ayyūb ʿalayhi al-salām: Mengisahkan keteguhan dan kesabaran puncak Nabi Ayyūb apabila diuji dengan penderitaan berat seperti kehilangan harta benda, kematian anak-anak, dan penyakit tubuh badan selama bertahun-tahun tanpa terputus harapan kepada rahmat Allāh.

  • Kisah Nabi Dhū al-Kifl ʿalayhi al-salām: Membincangkan status kedudukan Baginda, sifat kesabaran, serta amanah kepemimpinan yang dipikulnya dengan memenuhi kriteria puasa siang, solat malam, dan menahan marah walaupun diganggu oleh Iblīs.


2. Kenapa Kena Baca Buku Ni?

  • Panduan Mendidik Jiwa & Hati: Kisah-kisah dalam al-Qur'an bukan sekadar penceritaan sejarah lampau, tetapi merupakan sebuah pendidikan jiwa tentang bagaimana seorang mukmin seharusnya berhadapan dengan ujian kehidupan di bawah tadbir Allāh.

  • Memahami Hikmah di Sebalik Ujian: Buku ini mengajar hakikat bahawa setiap ujian tidak pernah terlepas daripada hikmah. Perkara yang pada awalnya kelihatan seperti kesempitan atau kehilangan, akhirnya boleh menjadi jalan kepada kebaikan dan kemuliaan yang lebih besar.

  • Meningkatkan Iman & Husnuzan: Membaca kisah-kisah ini membantu pembaca keluar dengan iman yang lebih teguh, kesabaran yang lebih dalam, serta sangkaan yang baik (husnuzan) terhadap ketetapan Allāh.


3. Apa Keistimewaan Buku Ni?

  • Karya Pakar Tafsir & Sejarah Terkenal: Terjemahan langsung daripada karya monumental Imām Ibn Kathīr, iaitu al-Bidāyah wa al-Nihāyah.

  • Menerokai "Seindah-indah Kisah": Mengupas pengajaran daripada Surah Yūsuf yang disifatkan oleh al-Qur'ān sendiri sebagai kisah yang paling mulia dan indah (aḥsan al-qaṣaṣ).

  • Disertai Tahkik Ulama: Teks asal ditahkik secara ilmiah oleh ulama dari Timur Tengah, Dr. ʿAbd Allāh bin ʿAbd al-Muḥsin al-Turkī.

  • Sandaran Nas & Autoriti Ilmiah: Penceritaan disusun rapi berpandukan ayat-ayat al-Qur'ān, riwayat hadis sahih, serta pandangan para ulama tafsir bagi memastikan ketepatan fakta sejarah dan keabsahan iktibar.