Butiran buku
- Judul asal
- Fawa'id Mustanbatah min Qissat Luqman Al-Hakim
- Penulis
- Shaykh 'Abd Al-Razzaq bin 'Abd Al-Muhsin Al-Badr
- Penerbit
- Karya PiS
- Jumlah muka surat
- 196
- Kulit buku
- Softcover
- ISBN
- 978-967-2910-08-4
SKU: PIS-0058
Adab & Akhlak, Akidah, Nikah & Kekeluargaan, Sejarah, Tafsir Al-Quran
50 Pengajaran Kisah Luqman Al-Hakim
RM 30.00
Terdapat banyak sekali manfaat yang boleh diperolehi daripada wasiat-wasiat dalam kisah Luqman. Dengan mentadabbur ayat tersebut, kita boleh mendapat bimbingan-bimbingan dan jalan yang benar dalam berdakwah kepada Allāh, pendidikan anak-anak dan masyarakat.
Oleh itu, ibu bapa, para guru dan para murabbi perlu memerhatikan wasiat-wasiat dalam kisah Luqman ini dan mengambil pelajaran daripada kisah tersebut. Dakwah bukan sekadar amalan tanpa memerlukan persediaan, bahkan dakwah memerlukan hikmah kebijaksaan dan metod-metod yang berkesan supaya dakwah tersebut berjaya ditanam dalam hati orang ramai.
Allāh taʿālā telah mengurniakan hikmah kebijaksaan ini kepada Luqman, hamba-Nya yang soleh. Kisah Luqman ini berada dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman dalam al-Qurʾān dan Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr telah mengeluarkan sebanyak 50 faedah yang boleh didapati menerusi tadabbur ayat-ayat ini.
