Awat pula tak boleh?

Tahukah anda bahawa Imam Al-Shafi’i juga merupakan seorang yang sangat mencintai Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Bahkan beliau merupakan seorang Imam yang bersungguh-sungguh menanamkan cinta penuntut ilmu kepada Nabi.

Antara buktinya adalah beliau mengutamakan hadis-hadis yang sahih daripada Rasulullah dalam mengeluarkan hukum dan fatwa. Sehinggakan kata beliau rahimahullah:

Apabila aku riwayatkan sebuah hadis sahih daripada Rasulullah, lalu aku tidak menerimanya, maka aku persaksikan kepada kalian bahawa akalku telah hilang!

[Diriwayatkan oleh ibn Abī Ḥātim [m/s 69], al-Bayhaqī dalam al-Madkhal (250) dan Manāqib al-Shāfi‘ī (1/474), Abū Nu‘aym dalam Ḥilyat al-Awliyā’ (9/106), al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Faqīh wa al-Mutafaqqih (405) [1/388-389], dan ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq (51/387), kesemuanya daripada al-Rabī‘ dengan sanadnya]

MasyaAllah, ini adalah antara bukti yang sangat kukuh, penekanan beliau terhadap Al-Sunnah, ataupun hadis sehinggakan prinsip beliau terhadap hadis itu adalah, “kami dengar dan kami taat“, apa sahaja yang sampai daripada Rasulullah, asalkan ianya sahih, disahkan benar, dengan kaedah kefahaman yang betul.

Jadi, apakah hukumnya kita mengikuti mazhab Imam yang mulia ini?
Kita tahu dia seorang yang sangat mencintai dan mendahulukan Nabi.
Kalau kita mengikuti mazhabnya, bermaksud kita mengikuti orang yang mencintai Nabi (dengan cinta yang benar).

Apa maksud bermazhab?

Saya petik perkataan Tuan Badrul Hisyam di FB beliau, menurut Ibn Badran -rahimahullah-, bermazhab bukan bererti taklid kepada setiap keputusan cabang, tetapi mengikut usul istinbat yang sama dengan Imam.

Usul-usul ini seperti bila bertembung hadis daif dengan qiyas, mana yang didahulukan, mursal sahabat bolehkah menjadi hujah atau sebaliknya dan lain lain.

Adapun yang bukan dalam kalangan ilmuan seperti kebanyakan kita, mereka tidak bermazhab dalam erti kata yang disebut oleh Ibn Badran tetapi mereka mengikut panduan guru-guru yang mereka percayai seperti yang disuruh al-Quran:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Bertanyalah kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

[Surah An-Nahl, ayat 43 (16/43)]

Orang awam, seperti kita, tidak mampu untuk bermazhab pun sebenarnya.

Dia mampu untuk sama ada menurut panduan guru-guru yang dipercayai (yang bermazhab Al-Shafi’i atau selainnya)  atau ‘syok sendiri‘ dengan anggapan dia sudah boleh meninggalkan panduan mazhab kerana sudah punya kebolehan untuk berinteraksi dengan dalil.

Jadi, jawapannya adalah: Boleh. Anda boleh cinta Nabi, dalam masa yang sama ikut guru yang bermazhab Shafi’i. No problem, no worries. 😉

Mazhab Shafi’i dalam Akidah

Selalu kita dengar perbincangan tentang mazhab Shafi’i ini hanya berkait isu fiqh sahaja.
Mengapa kita jarang mendengar masyarakat mengetengahkan tokoh ini dalam isu akidah?

Jawapan yang sering kita dengar ialah kerana Imam Al-Shafi’i tidak begitu menonjol dalam bidang akidah, beliau lebih dikenali dalam bidang fiqh dan usul-usulnya, tambahan pula beliau tidak meninggalkan hasil karya dalam bidang akidah sebagaimana hasil tulisan beliau dalam bidang fiqh yang sampai pada generasi kita pada hari ini.

Beliau sebenarnya meninggalkan ramai anak-anak murid yang terus mewariskan kefahaman ilmu akidah daripada gurunya Imam Al-Shafi’i,

Antara anak muridnya yang meninggalkan risalah-risalah penting berkaitan akidah termasuk Imam Isma’il bin Yahya Al-Muzani rahimahullah, dan para ulama lain yang datang kemudian yang juga menulis buku-buku ringkas mengenai akidah yang diwariskan daripada Imam Al-Shafi’i secara bersanad, termasuklah Shaykh Al-Islam Ali bin Ahmad Al-Hakkari rahimahullah.

Jadi, macam mana nak semak betul ke akidah yang kita belajar daripada guru kita hari ni sama dengan akidah Imam Al-Shafi’i?

Kita boleh baca tulisan-tulisan tersebut yang sudah pun dibukukan, dan alhamdulillah Karya PiS juga sudah menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu moden, memudahkan kita semua untuk menyemak kembali mazhab kita, terutamanya dalam bidang akidah.

PREORDER
RM36.00
RM5.00
RM20.00
RM22.00
RM15.00
PREORDER
RM36.00
RM13.00

Dapat manfaat daripada blog ni?
Klik button di bawah untuk share dekat kawan-kawan! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *