Judul: Syarhus Sunnah ~ Akidah Imam Al-Muzani
Judul Asal (Arab): Syarhus Sunnah Lil Muzani
Penulis: Imam Al-Muzani rahimahullah
Penterjemah & Notakaki: Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf Resources
Muka Surat: 88 m/s (Soft Cover)
Berat: 140 gram
Apakah pegangan Akidah Imam As-Syafi’i yang sebenarnya dan mengapa kita jarang mendengar masyarakat mengetengahkan tokoh ini dalam isu akidah? Jawapan yang sering kita dengar ialah kerana Imam As-Syafi’i tidak begitu menonjol dalam bidang akidah, beliau lebih dikenali dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, tambahan pula beliau tidak meninggalkan hasil karya dalam bidang Akidah sebagaimana hasil tulisan beliau dalam bidang Fiqh yang sampai pada generasi kita pada hari ini.
Walaubagaimanapun, beliau meninggalkan ramai anak-anak murid yang terus memperjuangkan Akidah Salaf, antara anak murid utamanya ialah Imam Isma’il bin Yahya Al-Muzani rahimahullah dan beliau meninggalkan sebuah risalah yang sangat berharga bagi menjelaskan pokok-pokok penting mengenai akidah Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut fahaman Salafussoleh yang dikenali sebagai “Syarh As-Sunnah”.
Daripada hasil tulisan murid utamanya inilah kita dapat mengetahui gambaran sebenar dan bagaimana pendirian akidah guru mereka iaitu Imam As-Syafi’i rahimahullah, sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut, “Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”.
Wallahu a’lam.
Kandungan:
=> Pendahuluan Penterjemah
=> Metodologi Penterjemahan
=> Biografi Imam Al-Muzani
=> Sanad Kitab
=> Sebab Penulisan
=> Pendahuluan
=> Bab 1: Sifat ‘Uluw (Ketinggian)
=> Bab 2: Qada’ dan Qadar
=> Bab 3: Beriman Kepada Malaikat
=> Bab 4: Penciptaan Adam ‘Alaihis Salam dan Ujian Terhadapnya
=> Bab 5: Amalan Ahli Syurga dan Neraka
=> Bab 6: Amal
=> Bab 7: Al-Quran
=> Bab 8: Sifat-sifat Allah
=> Bab 9: Ajal
=> Bab 10: Kubur
=> Bab 11: Kebangkitan dan Hisab
=> Bab 12: Syurga
=> Bab 13: Ru’yah
=> Bab 14: Mentaati Imam dan Pemerintah dan Larangan Dari Keluar Memberontak
=> Bab 15: Menahan Diri daripada Mengkafirkan Ahli Kiblat
=> Bab 16: Sahabat Nabi
=> Bab 17: Solat di Belakang Imam dan Berjihad Bersama Mereka
=> Bab 18: Qasar Solat dan Memilih antara Berpuasa dan Berbuka Ketika Safar
=> Bab 19: Ijmak Imam-Imam Petunjuk di atas Akidah Ini
=> Bab 20: Menjaga Kewajipan Amalan Fardu, Sunat dan Menjauhi Perkara-Perkara Yang Haram
=> Penutup
=> Bibliografi
=> Biografi Penterjemah
Reviews
There are no reviews yet.