Judul: Surah Al-‘Asr: 4 Elemen Praktikal Islam (Iman, Amal, Dakwah, Sabar)
Penulis: Dr. Fadlan bin Mohd Othman, UKM
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 86 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-33-6
Buku ini membicarakan tentang petunjuk sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dalam praktikal dan pengamalan ajaran Islam secara keseluruhan. Penekanan adalah daripada sudut cara dan manhaj pelaksanaan yang terkandung dalam adab-adab atau akhlak-akhlak mulia yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam.
Perbincangan berpaksikan kepada surah al-‘Asr yang merupakan surah kedua terkecil dalam al-Qur’an selepas al-Kawthar. Surah ini amat besar nilainya kerana ia menjunjung intipati agama Islam dan menerangkan cara untuk menyelamatkan diri daripada kerugian dunia dan akhirat.
Imam al-Shafi’i telah menjelaskan:
Sekiranya Allah ta’ala tidak menurunkan ke atas makhluk-Nya sebarang hujah melainkan surah ini, pasti sudah memadai.
Reviews
There are no reviews yet.