Judul: Nukhbat Al-Fikar: Mengenali Istilah Para Ulama Hadis (beserta matan Bahasa Arab) – Edisi Revisi 2022
Judul Asal (Arab): Nukhbatul Fikr fi Musthalah Ahl Al-Atsar
Penulis: Imam Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani (Ibnu Hajar al-Asqalani)
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 64 (saiz half-letter)
Buku kecil yang bertajuk Mengenali Istilah Para Ulama Hadis atau judul asalnya di dalam Bahasa Arab ialah Nukhbatul Fikar fi Muṣṭalah Ahli al-Atsar merupakan sebuah buku asas dalam membincangkan ilmu hadis. Buku ini ditulis oleh seorang ulama besar dalam ilmu hadis iaitu Imam Ahmad bin Ali ibnu Hajar al-Asqalani. Buku ini memperkenalkan kepada pembaca tentang istilah-istilah yang digunapakai oleh para ulama hadis ketika mereka membahaskan tentang sesebuah hadis itu dan penjelasan kepada istilah tersebut dijelaskan secara ringkas di dalam buku ini. Walaubagaimanapun, penjelasan tersebut adalah terlalu ringkas dan juga terlalu teknikal, oleh itu sangat digalakan bagi pemula untuk berguru ketika membaca dan mempelajari buku ini.
Selain daripada pengenalan kepada istilah-istilah yang digunapakai oleh para ulama hadis, buku ini juga membahaskan secara ringkas tentang cara sesebuah hadis itu dikategorikan di dalam kategori-kategori yang tertentu dan juga membahaskan secara ringkas tentang asas-asas dalam menentukan kesahihan atau kedhaifan sesebuah hadis itu.
abdulraiem (verified owner) –
Salah satu karya terhebat al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang disediakan buat Ummat Islam. Risalah yang sangat penting untuk diketahui dan dipelajari umat Islam agar dapat mengetahui kesahihan suatu khabar atau hadis.
Ia juga dapat membantu memahami tulisan-tulisan hebat ulama terdahulu dan mengetahui konteks yang dibincangkan oleh mereka dalam kitab-kitab hebat mereka.
Tahkik dan takrij yang kemas. Matan Arab penuh harakat. Tahkik Dr Abdul Muhsin al-Qasim antara tahkik yang terbaik untuk risalah ini.
Sesuai dibaca bersama-sama guru yang mengajar matan ini bersama syarahan yang juga ditulis oleh al-Hafiz Ibn Hajar (Nuzhah al-Nathr).