PERINGATAN: Buku ni berstatus PRE-ORDER dan masih dalam proses cetakan, dijangka akan siap cetak pada 28 Ogos 2025 dan akan diposkan mengikut susunan tempahan. Sila asingkan tempahan buku stok yang tersedia dengan buku pre-order untuk mempercepatkan proses penghantaran.
Judul: Kitab Terakhir: Gema Sang Nabi [Novel]
Penulis: M. Faz
Penerbit:Â Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 326 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-55-8
Bukan semua yang benar datang dengan gendang dan panji.
Ada yang hadir dalam diam.
Sebagai gema—yang menunggu untuk dikenali semula.
Kitab Terakhir: Gema Sang Nabi ialah suatu jelmaan suara lama.
Dibangunkan dari teks-teks yang dilupakan. Ditegakkan atas sumber yang dimuliakan.
Tiada ruang untuk kebetulan, tiada ruang untuk rekaan.
Setiap lembaran adalah jejak—kepada sumpah-sumpah terdahulu, nama-nama yang disebut dalam kitab para nabi, dan cahaya yang telah dikenali oleh langit sebelum dikenali oleh bumi.
Rujukan-rujukannya bukan sekadar kutipan, tetapi warisan: dari tafsir muktabar dan sirah awal, dari Injil dan Taurat, hingga inskripsi batu dan manuskrip Saba’ yang dikutip dari padang gurun yang diam.
Ini bukan bacaan biasa. Ia adalah pintu. Dan setiap yang melangkah, sedang menyahut satu panggilan yang lebih awal daripada waktu.