Judul: Nama-nama dan Sifat-Sifat Allah: Kaedah Terbaik dalam Memahaminya (Dwibahasa Arab-Melayu)
Judul Asal (Arab): al-Qawāʿid al-Muthlā fī Ṣifāti-Llāhi taʿālā wa Asmāʾihi al-Ḥusnā
Penulis: Shaykh Muḥammad bin Ṣāliḥ al-ʿUthaymīn
Kata Pengantar: Shaykh ʿAbd al-ʿAzīz bin ʿAbd Allāh ibn Bāz
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 334 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-28-2
Inilah pendirian dan pegangan kami: Ahl al-Sunnah dalam memahami dan berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.
Shaykh ibn Uthaymin telah menghimpunkan dan merumuskan kaedah-kaedah yang terbaik dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah ta’ala berdasarkan manhaj para Sahabat dan Salaf al-Salih.
Setiap kaedah yang dibentangkan disertai dengan dalil wahyu, dalil fitrah dan dalil akal sekali gus membuktikan bahawa kaedah ini – yakni kaedah para salaf – adalah kaedah yang terbaik dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah.
Shaykh ibn Uthaymin juga membentangkan beberapa (banyak juga sebenarnya) subahat (keraguan) yang ditimbulkan oleh golongan yang menyelisihi manhaj Ahl al-Sunnah serta menjawabnya dengan padu. Jawapan yang diberikan oleh Shaykh bolehlah kita pegang supaya jadi benteng untuk diri kita menghadapi keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh pihak yang menyelisihi manhaj Ahl al-Sunnah.
Inshaallah, buku ini sangat sesuai untuk anda. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin tahu apa sebenarnya pegangan Ahl al-Sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah.
Laras bahasanya inshaallah mudah untuk difahami. Karya-karya Shaykh ibn Uthaymin sememangnya ditulis untuk semua lapisan masyarakat.
InshaAllah, satu bahan bacaan yang sangat memuaskan hati.
Reviews
There are no reviews yet.