Judul: Muhammad SAW: Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan
Penulis: Dr. Kamilin Jamilin
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-7-0
Muka Surat: 223m/s (Soft Cover)
Berat: 310 g
Buku ini menerangkan tentang keperibadian Nabi Muḥammad serta ciri-ciri baginda. Aspek yang banyak ditekankan dalam buku ini ialah bagaimana cara baginda berinteraksi dengan hal-hal yang di sekliling baginda, seperti bagaimana baginda berinteraksi dengan musuh, golongan munafik, para sahabat baginda, kanak-kanak, para wanita, anak-anak yatim dan lain-lain. Selain itu buku ini juga menceritakan tentang aspek keperibadian baginda seperti pakaian baginda, makanan baginda, tidurnya baginda, suka dan duka baginda dan lain-lain, Oleh itu, buku ini adalah serba sedikit sebagai panduan untuk kita tentang bagaimana untuk kita mencontohi Nabi Muḥammad dalam aspek-aspek tersebut.
Judul: Ummahat Al-Mu’minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah ﷺ
Penulis: Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
Penerbit: The Sunnah Press Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-1910-0-9
Muka Surat: 204 m/s (Soft Cover)
Allah memuliakan seseorang yang mendahului orang lain dalam kebaikan. Maka diberikan ganjaran kepadanya atas kebaikan itu dan diberikan pula ganjaran jika ada orang yang mengikutinya.
Jika kita perhatikan dalam sirah, terdapat tokoh yang bersegera menyahut seruan kebaikan apabila mereka yakini itu adalah kebenaran.
Antara tokoh tersebut ialah Khadijah isteri Nabi sallallah alaih wasallam. Beliau segera beriman dengan baginda dan membantu baginda dalam dakwahnya. Oleh itu Ibn Hajar mengatakan:
ومما اختصت به سبقها نساء هذه الأمة إلى الإيمان، فسنت ذلك لكل من آمنت بعدها، فيكون لها مثل أجرهن
Maksudnya: antara perkara yang dikhususkan untuk Khadijah ialah beliau mendahului wanita bagi umat ini kepada iman. Maka beliau menunjukkan contoh keimanan bagi semua wanita yang beriman selepasnya. Maka beliau mendapat pahala sama seperti pahala mereka. (Fath al-Bari)
Membaca kisah Khadijah memberikan inspirasi kepada kita untuk bersegera menyahut kebenaran.
Dan banyak lagi peribadi unggul, Ibu kepada kaum Mukminin yang dimuatkan di dalam buku terbaru Dr. Rozaimi ini.
Ummahāt al-Muʾminīn bermaksud para ibu bagi orang – orang mukmin, iaitu para wanita yang dinikahi Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم dan baginda “bersama” dengan mereka. Mereka ini digelar sebegitu berdasarkan ayat al-Qur’an:
Nabi itu lebih berhak terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri [pada apa yang dia seru mereka ke arahnya, walaupun mereka cenderung kepada selainnya] dan isteri-isterinya merupakan ibu-ibu mereka. [Surah Al Ahzab Ayat 6]
Secara ringkasnya, arahan Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم lebih utama berbanding arahan manusia yang lain termasuklah ibu bapa dan orang mukmin. Seterusnya, mengapa para isteri baginda digelar sebagai ummahāt al-muʾminīn? Hal ini disebabkan ummahāt al- muʾminīn mempunyai hukum yang khusus, iaitu apabila baginda menikahi dan “bersama” dengan seseorang wanita itu dan kemudian baginda wafat, maka wanita tersebut tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki lain. Isteri nabi merupakan isteri baginda buat selama-lamanya hingga ke syurga.
Buku ini menyenaraikan Isteri Isteri Nabi yang merupakan ibunda kita semua untuk dijadikan contoh bagi kita khususnya Wwanita dizaman ini
Judul: Ciri-ciri Pencinta Nabi
Judul Asal (Arab): Hubb Al-Nabi wa ‘Alamatuhu
Penulis: Dr. Fadhl Ilahi Zahir (adik kepada Shaykh Ihsan Ilahi Zahir)
Penterjemah: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-15544-7-0
Muka Surat: 120-140 m/s (Soft Cover)
Berat: 190 gram
Sesungguhnya mencintai Nabi Muhammad SAW merupakan asas kepada iman. Terdapat banyak teks wahyu yang menunjukkan kewajipan tersebut. Namun, tidak kurang juga masih ramai yang mengaku cinta kepada Nabi, tetapi cintanya itu hanya sebagai pemanis mulut sahaja dan terhad kepada skop yang sempat. Maka, buku ini membahaskan tiga skop perbincangan, iaitu kewajipan mencintai Nabi mengatasi segala makhluk, ganjaran bagi orang yang mencintai Nabi dan ciri-ciri yang benar seorang yang mengaku cinta kepada Nabinya. Ciri-ciri tersebut termasuklah bersungguh-sungguh ingin melihat dan menemani Nabi sehinggakan kehilangan kedua-dua peluang tersebut terasa lebih berat berbanding kehilangan apa sahaja di dunia. Selain itu, antara ciri penting seorang pencinta Nabi adalah sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda demi Rasulullah, mematuhi segala arahan dan meninggalkan segala larangan Baginda, dan yang terakhir, menghidupkan Sunnah Nabi dan mempertahankan syariat. Banyak kisah-kisah yang dinukilkan daripada para Sahabat Nabi sebagai bukti kecintaan mereka kepada Nabi. Setelah membaca buku ini, pembaca boleh bermuhasabah, adakah cinta yang kita ucapkan itu benar?
Reviews
There are no reviews yet.