Judul: Israk dan Mikraj: Peristiwa yang Diabadikan dalam Al-Qur’an
Penulis: Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
Penerbit: The Sunnah Press Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-19100-1-6
Muka Surat: 158 m/s (Soft Cover)
Sirah Nabi ialah kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan Nabi SAW. Dalam sirah, terdapat banyak sekali pengajaran dan tauladan yang kita boleh pelajari dan contohi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Cerita sirah ini merupakan warisan daripada generasi Islam terdahulu. Antara sirah yang kita ulang-ulang penceritaannya saban tahun adalah kisah Israk dan Mikraj. Ia merupakan satu mukjizat besar yang Allah berikan kepada Nabi-Nya. Setiap umat Islam wajib mengimani bahawa peristiwa ini berlaku. Namun demikian, terdapat pelbagai riwayat yang lemah dan palsu, tidak patut diceritakan oleh penceramah di meja kuliah telah tersebar luas. Justeru, buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang benar berkenaan peristiwa ini, merungkai kerumitan dalam beberapa isu, menjelaskan status sebahagian riwayat dan menjawab sebahagian persoalan pembaca berkenaan peristiwa yang agung ini.
Judul: Fadilat Zikir 4: Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, Allahu Akbar (Dwibahasa Arab-Melayu)
Judul Asal (Arab): فضائل الكلمات الأربع : سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
Penulis: Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 90 m/s (Soft Cover)
Berzikir kepada Allah merupakan salah satu jalan untuk mencapai keredaan Allah serta memperoleh belas kasih-Nya. Berzikir itu menenangkan jiwa, melembutkan hati, melapangkan fikiran serta menyegarkan minda. Ia dipenuhi fadilat-fadilat spiritual yang menatijahkan kesan kepada urusan dunia dan akhirat kita. Kesemua zikir yang diamalkan oleh Baginda SAW mempunyai fadilatnya yang tersendiri, tidak ketinggalan juga zikir kalimah yang empat ini: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) La Ilaaha Illallah dan (4) Allahu Akbar). Meskipun zikir ini sangat mudah dan ringkas, namun fadilatnya sangat besar. Ini menunjukkan betapa Allah sangat belas kasih kepada para hamba-Nya.
Reviews
There are no reviews yet.