Judul: Berlemah Lembutlah Sesama Ahli Sunnah
Judul Asal (Arab): Rifqan Ahl Al-Sunnah bi Ahl Al-Sunnah
Penulis: Shaykh ‘Abd Al-Muhsin Al-‘Abbad hafizahullah
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-04-6
Muka Surat: 196 m/s (Soft Cover)
Ini merupakan nasihat Shaykh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad agar Ahli Sunnah saling sayang-menyayangi, saling melengkapi serta saling memaafkan kelemahan masing-masing.
Banyak mutiara nasihat beliau yang menasihatkan tentang apa yang seorang Ahli Sunnah perlu sibukkan diri dengannya, dan apa yang tidak sepatutnya seorang Ahli Sunnah menjerumuskan diri ke dalamnya.
Nasihat beliau ini amatlah penting buat kita semua agar kita tahu apa yang sepatutnya kita fokuskan dan apa yang sepatutnya kita tinggalkan dalam urusan interaksi sesama ikhwah Ahli Sunnah agar kita menjadi seorang Ahli Sunnah yang sejati.
Ahli Sunnah adalah mereka yang mengikuti jalan yang ditempuh oleh Rasulullah SAW dan para Sahabatnya. Mereka menisbahkan diri kepada Sunnah Nabi kerana Nabi SAW memerintahkan mereka untuk berpegang teguh dengan sunnahnya dan memberi amaran kepada mereka yang menyelisihinya. Namun, Rasulullah SAW telah mengkhabarkan bahawa sesiapa yang hidup pada zaman para sahabat pasti akan menemui perpecahan dan perselisihan, kemudian baginda memerintahkan para sahabat untuk mengikuti jalan yang lurus, iaitu sunnah baginda dan sunnah para penggantinya daripada Khulafa’ Al-Rashidin.
Antara perkara menyedihkan pada zaman ini adalah tercetusnya konflik dan perpecahan daripada sebahagian Ahli Sunnah, sehingga mengakibatkan mereka menyibukkan diri dengan mencela, mentahzir, dan memulaukan sebahagian yang lain. Justeru, penulis melihat risalah ini sangat penting sebagai buah nasihat kepada ikhwah Ahli Sunnah.
Judul: 4 Kaedah Memahami Syirik
Judul Asal (Arab): Sharh al-Qawa’id al-Arba
Penulis asal: Shaykh Al-Islam Muhammad bin ‘Abd Al-Wahhab Al-Tamimi rahimahullah
Disyarahkan oleh: Shaykh ‘Abd Al-‘Aziz bin Baaz rahimahullah
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-05-3
Muka Surat: 132 m/s (Soft Cover)
“Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata supaya mereka menyembah Aku” [Surah Az-Zariyat, ayat 56]
Apabila kita sudah ketahui bahawa tujuan kita diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah, ketahuilah bahawa ibadah tidak dinamakan dengan ibadah kecuali bersama dengan tauhid, sepertimana solat tidak dinamakan solat kecuali bersama dengan taharah (bersuci).
Ibadah automatik menjadi rosak apabila disertakan dengan syirik, sama seperti orang yang berhadas selepas dia telah bersuci.
Syirik bukan sahaja merosakkan ibadah, bahkan membatalkan amal-amal soleh, menyebabkan pelakunya termasuk dalam golongan yang kekal di dalam neraka (na’uzubillahi min zaalik). Kerana itu ia bukan perkara yang enteng, kita wajib mengenalinya agar kita dapat menjauhkan diri daripadanya.
“Allah tidak mengampunkan orang-orang yang melakukan syirik kepada-Nya, dan Allah mengampunkan dosa-dosa selain itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” [Surah Al-Nisaa’, ayat 48]
Penulis menggariskan 4 kaedah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk memahami dan mengenali syirik, kemudian dibahaskan secara lebih teliti oleh pensyarah. 4 kaedah tersebut adalah:
- Pengakuan orang Musyrikin mengenai Allah yang mencipta & mentadbir alam tidak memasukkan mereka ke dalam agama Islam
- Orang Musyrikin dahulu mensyirikkan Allah dengan tujuan mendapatkan bantuan syafaat
- Rasulullah memerangi kelompok Musyrikin yang menyembah para malaikat, para Nabi, orang-orang soleh, pokok, batu, matahari, bulan, tanpa membezakan antara mereka
- Syirik yang berlaku hari ini lebih parah berbanding syirik kaum Musyrikin terdahulu.
Judul: Mutiara Nasihat Ramadan
Judul Asal (Bahasa Arab): Naṣā’iḥ Ramaḍāniyyah
Penulis: Shaykh ʿAbd Allāh bin Jāru-Llāh al-Jāru-Llāh
Penterjemah: Muhammad ‘Ataullah Mohd Ali
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-06-0
Muka Surat: 40 m/s (Saiz Poket)
Apa kelebihan buku ni?
Kenapa kami pilih buku ni?
- Kita bakal menghadapi bulan Ramadan dalam masa kurang dari 2 bulan sahaja lagi.
- Dan yang menariknya, ini tahun kedua kita memulakan Ramadan ini dalam keadaan ketika dunia sedang berada dalam keadaan krisis, kita juga berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Dengan itu, kita dapat menjadikan Ramadan kali ini Ramadan yang paling bermakna dalam hidup kita, dengan nikmat kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan yang dikurniakan.
- Macam mana caranya? Kami persembahkan kepada anda 30 Mutiara Nasihat Ramadan yang dikarang oleh Shaykh ʿAbd Allāh bin Jāru-Llāh bin Ibrāhīm Ālu Jāru-Llāh rhm.
- Penulis adalah dari keturunan Bani Tamim, dan merupakan anak murid kepada mantan mufti am Arab Saudi, Shaykh Muḥammad bin Ibrāhīm Ālu al-Shaykh rhm, yang juga guru kepada Shaykh ibn Bāz.
Yang membuatkan ia lagi menarik…
- Ini adalah terjemahan Bahasa MELAYU (bukan Indonesia) moden yang pertama.
Reviews
There are no reviews yet.