Judul: Himpunan Risalah Aqidah 4 Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
Penulis: 1) Imam Abu Ja’far al-Tahawi
2) Imam Ibn Abu Zayd al-Qayrawani
3) Imam al-Muzani
4) Imam Ahmad bin Hanbal
5) Khalifah al-Qadir Billah al-‘Abbasi
Penerbit: Baitur Rahmah Publication
Jumlah Muka Surat: 255 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-629-99792-0-3
Buku ini merupakan kompilasi bagi empat karya dalam bidang ‘aqīdah, berserta satu tulisan yang pertama kali diterjemah dan diterbitkan ke dalam Bahasa Melayu, iaitu:
- Bayān ‘Aqīdah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, atau lebih dikenali sebagai al-‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah oleh Imām Abū Ja‘far al-Ṭaḥāwī (m. 321H/933H).
- Muqaddimah al-Risālah al-Qayrawāniyyah oleh Imām Ibn Abū Zayd al-Qayrawānī (m. 386H/996M).
- Sharḥ al-Sunnah oleh Imām al-Muzanī (m. 264H/878M).
- Uṣūl al-Sunnah oleh Imām Aḥmad bin Ḥanbal (m. 241H/855M).
- al-I‘tiqād al-Qādirī oleh al-Qādir Billāh Abū al-‘Abbās Aḥmad bin Isḥāq al-‘Abbāsī (m. 422H/1031M).
Tulisan-tulisan ini mewakili empat mazhab fiqh yang ada dalam aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, sekaligus menggambarkan kesepakatan umat Islām dalam menyatakan ‘aqīdah yang benar lagi sahih, sebagai bekalan dalam menghadapi pencemaran doktrin kepercayaan, serangan ideologi pemikiran, dan ancaman pemesongan keyakinan yang melanda umat Islām ketika ini dan di masa hadapan.
Reviews
There are no reviews yet.