Judul: Aqidah Islam Manhaj Salaf
Penulis: Prof Dr Basri bin Ibrahim
Penerbit: Manhaj Clear Publication
ISBN: 978-967-16371-8-0
Muka Surat: 705 m/s (Hard Cover)
Penjelasan tentang akidah yang sahih merupakan antara kewajipan yang paling besar, kerana ia merupakan jalan untuk mengenal Allah. Ia merupakan kewajipan pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang hamba. Oleh kerana akidahlah para Rasul diutuskan, kitab-kitab diturunkan dan manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang bahagia dan yang celaka. Kejayaan merealisasikannya akan menghasilkan kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat. Oleh kerananya juga syurga dan neraka diciptakan. Akidah yang sahih antara perkara yang paling utama diberikan tumpuan. Lebih-lebih lagi pada zaman banyak berlaku kesesatan dan timbul kesamaran antara kebenaran dengan kebatilan kepada kebanyakan orang.
Imam-imam sunnah dan ulama ummah sangat mengambil berat tentang persoalan akidah. Mereka menghasilkan beberapa karya antara yang Panjang dengan yang pendek dan antara yang mengumpulkan kesemua aspek dengan yang hanya memfokuskan kepada aspek tertentu sahaja. Oleh kerana untuk memfokuskan kepada kesemua buku akidah itu adalah sesuatu yang sukar, dan tidak pula terdapat program atau laman sesawang yang mengumpulkan segala akidah ahli as-Sunnah wa al-Jamaah secara lengkap, dengan kelebihan dan taufik daripada Allah syeikh Alawi bin Abd al-Qadir as-Saqqaf berusaha mengumpulkan kesemua maklumat yang berselerakan dalam buku-buku akidah dan tauhid dengan menggunakan lebih daripada 140 rujukan berdasarkan manhaj Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah dalam laman ad-Durar as-Saniyyah. Ia melibatkan karya yang lama dan juga baru. Laman ini dapat mengumpulkan segala permasalahan dan tajuk-tajuk penting akidah. Ia dilakukan berserta dengan semakan, penapisan, penyusunan yang mantap, semakan terhadap hadis, penyusunan yang merangkumi segala aspek, nukilan daripada penegasan para ulama dan juga sumber-sumber rujukan. Kadang kadang juga penyusun melakukan sedikit pengemaskinian terhadap beberapa kupasan dan ia dijelaskan secara terperinci. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan amalan yang kami lakukan ini ikhlas semata-mata kerana wajah-Nya yang maha mulia dan memberikan manfaat kepada orang-orang Islam.
Buku ini membicarakan tentang akidah Islam berdasarkan manhaj salaf yang merangkumi beriman dengan Allah , Rasul, malaikat, kitab, hari akhirat dan juga qadak dan qadar. Selain itu isu takfir dan perkara yang membatalkan iman juga turut disentuh.
Prof Dr Basri Ibrahim
Reviews
There are no reviews yet.