Seperti kisah para Nabi dan Rasul yang lain, kisah Nabi Yusuf juga tidak terlepas daripada riwayat-riwayat Isra’iliyyat yang bertindak sebagai penambah rasa pada kisah-kisah para Nabi yang terdahulu.

Dalam Islam, sumber-sumber riwayat Isra’iliyyat boleh dijumpai dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Tabari, dan juga kitab-kitab sejarah seperti al-Kamil fi al-Tarikh dan sebagainya yang mana riwayat-riwayat Isra’iliyyat tersebut diriwayatkan daripada para Sahabat dan para salaf. Selain itu, ada juga sumber-sumber lain daripada agama yang lain seperti The Old Testament (Kitab Perjanjian Lama).

Ada riwayat Isra’iliyyat yang diterima, ada yang ditolak, ada juga yang didiamkan. Maknanya ulama tidak menerima, mahupun menolaknya. Banyak faktor riwayat ini ditolak, seperti kisah tersebut bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadis, atau bercanggah dengan kesepakatan para ulama.

Di alam Nusantara ini, antara kitab Jawi yang menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf adalah yang ditulis oleh Shaykh Muhammad Labai. Ada banyak riwayat Isra’iliyyat di dalam kitab jawi ini. Tak hairan sebab dalam kitab-kitab sejarah yang berbahasa Arab pun ada menukilkan riwayat-riwayat Isra’iliyyat yang sama. Tak mustahil Shaykh Muhammad Labai menukilkan daripada kitab-kitab arab tersebut.

Yang menariknya juga. Dalam buku 1001 Pelajaran daripada Kisah Nabi Yusuf tulisan Shaykh al-Sa’di ini. Beliau bukan sahaja mengeluarkan pelajaran yang kita boleh dapati daripada kisah Nabi Yusuf ini. Beliau juga membantah sebahagian riwayat Isra’iliyyat. Beliau bukan sekadar membantah begitu sahaja, malah beliau menyokong bantahan beliau dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan al-Sunnah dan kata-kata para ulama.

Menarik kan?

Dapat manfaat daripada blog ni?
Klik button di bawah untuk share dekat kawan-kawan! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0