Jadi, bila Zulaikha tahu wanita-wanita isteri para pemimpin Mesir dan anak-anak mereka dah mula bergosip tentang dia dengan Nabi Yusuf, dia pun ajaklah wanita-wanita tu datang ke rumah. Setiap sorang dibekalkan dengan pisau.

Zulaikha nak bunuh diri??!

Tak, Zulaikha pun panggil Nabi Yusuf keluar.

Zapppp, memancut-mancut darah keluar (hiperbola je ni, haha). Wanita-wanita tu terus melukakan jari tangan mereka (tanpa sedar) bila terpukau dan kagum sangat tengok kacaknya Nabi Yusuf ni.

Ibnu Mas’ud kata: Muka Nabi Yusuf ni macam kilat, bila ada orang perempuan datang jumpa dia untuk suatu keperluan, dia akan tutup muka dia. Ada orang lain kata: Nabi Yusuf pakai burqa (penutup muka) supaya orang lain tak nampak.

“Maha Sempurna Allah, ini bukan manusia! Ini tidak lain adalah malaikat yang mulia!”

Zulaikha pun kata lah, “Haa, inilah orang yang korang sindir kata aku tergoda ni. Kalau Yusuf taknak ikut apa yang aku perintahkan, aku akan penjarakan dia, dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina!”

Nabi Yusuf jawab balik,

“Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku.”

Lepas tu mereka pun sepakat penjarakan Nabi Yusuf supaya orang nampak Nabi Yusuf lah yang salah cuba goda Zulaikha, dan supaya orang lain pun tutup mulup, tak bergosip dah.

BARU
RM20.00
PREORDER
RM36.00
RM5.00
BARU
Sale!
KOMBO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *