Adik-beradik Nabi Yusuf tak tahu menahu pun tentang mimpi 11 bintang, matahari dan bulan tu, kenapa mereka ni nak pisahkan jugak Nabi Yusuf daripada keluarga ni? Apa salah Nabi Yusuf? Nabi Yusuf anak manja ke? Ayah selalu lebihkan dia?
Ya, adik-beradik Nabi Yusuf dengki sangat, ayah mereka, Nabi Ya’qub selalu lebihkan Nabi Yusuf dan Bunyamin berbanding anak-anak yang lain sebab Nabi Yusuf sayang sangat dekat dua orang anak ni. So, adik-beradik lain kata: “Kita lebih berhak untuk dicintai daripada dua orang ni. Ayah kita memang betul-betul dalam kekeliruan yang nyata!”
Mereka pun buat group discussion, apa nak buat ni? Ayah selalu lebihkan Yusuf dengan Bunyamin, tak boleh jadi ni, kita mesti buat sesuatu… Keluarlah beberapa cadangan, antara nak bunuh Nabi Yusuf, atau nak buang Nabi Yusuf ke satu tempat yang dia tak dapat keluar dari tempat tu. Cinta ayah hanya untuk kami! Takpa, lepas ni kita taubatlah balik… Janji, kita dapat ayah…
Lepas tu salah seorang daripada adik-beradik ni kata “Jangan bunuh Yusuf, masukkan sahaja ke dalam perigi supaya nanti ada musafir yang datang kutip dia.” (Benci-benci pun, masih sayang lagi dekat adik-beradik sendiri, kihkih, taknak la bunuh adik sendiri).
Mereka pun mintak dekat Nabi Ya’qub untuk bawa sekali Nabi Yusuf keluar jalan-jalan pergi mengembala esok, at least Nabi Yusuf dapat bersenang-senang dan main-main dekat luar dengan mereka, tak lah bosan duduk rumah je. Mereka janji nak jaga Nabi Yusuf elok-elok.
Nabi Ya’qub menjadi sangat risau, ye lah, mereka nak bawa anak kesayangan dia keluar, macam-macam boleh berlaku dekat anak dia, kena makan serigala ke, tersesat ke, orang culik ke… Nabi Yusuf ni kecil lagi, belum mampu nak jaga diri sendiri atau elak kena baham daripada serigala.
Adik-beradik ni cuba yakinkan jugak ayah ni, “Kami golongan yang kuat, kalau Nabi Yusuf kena baham oleh serigala, kami benar-benar orang yang rugi (lemah)!” Mereka tunggu dekat Nabi Ya’qub tu, taknak berganjak selagi Nabi Ya’qub tak bagi kebenaran untuk bawa Nabi Yusuf. Akhirnya, Nabi Ya’qub pun dengan rasa hiba, bagilah Nabi Yusuf ikut adik-beradik dia ni.
Esoknya, mereka pun stick to the plan, Nabi Yusuf dicampak ke dalam perigi.
Allah pun kata dekat Nabi Yusuf, “Kamu (wahai Yusuf) akan ceritakan perbuatan mereka ini (satu hari nanti), ketika mereka sudah tidak ingat lagi (tentang perbuatan mereka tu).”
Apa berlaku selepas tu?
Macam mana adik-beradik ni nak berhadapan dengan Nabi Ya’qub selepas tu?
Apa yang berlaku dekat Nabi Yusuf? Sampai bila duduk dalam perigi tu?
Kejap, kejap, kenapa Nabi Yusuf je yang mereka hantar?
Kenapa tak hantar Bunyamin sekali?
Tadi kata, Nabi Ya’qub selalu lebihkan dua orang ni berbanding anak-anak lain, kenapa nak pisahkan sorang je?
Ok, banyak lagi cerita akan menyusul, tunggu untuk episod akan datang! 🙂