Dalam salah satu episod sinopsis Kisah Nabi Yusuf yang lepas, saya dah ceritakan bagaimana Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf, yang akhirnya godaanya tidak menjadi dan kantoi dengan suami sendiri.

Andaikata Allah takdirkan suami dia tak ada dekat pintu tu, agak-agak Nabi Yusuf ni akan terjebak tak dengan godaan syahwat Zulaikha ni? Banyak sangat daya tarik yang boleh buatkan Nabi Yusuf terpengaruh dengan Zulaikha ni.

  1. Nabi Yusuf seorang lelaki sejati (dia bukan LGBT, harap maklum!) Dan semestinya seorang lelaki akan mudah jatuh cinta dengan wanita yang mendekatinya. Wanita ni fuhh dia punya penangan, imam masjid pun boleh tergoda. Mana taknya, Allah jadikan wanita ni ujian yang paling besar untuk lelaki. Kalau kita goyah dan jatuh, habis..
  2. Nabi Yusuf pula seorang lelaki muda yang belum menikah. Waktu ni lah nafsu syahwat tengah bergejolak, susah nak kawal, sampai Nabi suruh orang muda ni berpuasa kalau tak mampu menikah. Sebab apa? Waktu puasa ni nafsu dia slow sikit. Ok, so Nabi Yusuf seorang pemuda, tapi dalam Quran tak ada pula Allah cerita Nabi Yusuf tengah berpuasa waktu tu. Ada kemungkinan nafsu Nabi Yusuf pun memuncak waktu tu.
  3. Nabi Yusuf bukan penduduk kawasan Mesir tu pun, keluarga dia, sahabat dia semua duduk jauh-jauh dekat Palestin sana. Kalau dia buat apa-apa pun, tak ada lah rasa malu sangat kan, tak ada orang yang dia kenal sangat pun.
  4. Bukan Nabi Yusuf seorang je yang kacak dalam kisah ni, Zulaikha pun seorang wanita muda yang sangat cantik, anak raja siap, isteri kepada menteri di Mesir (dia orang kaya yang berkedudukan tinggi).
  5. Dah banyak-banyak faktor ni, yang lagi terasa berat ujian dia, bila Zulaikha sendiri yang nak goda Nabi Yusuf, bukan Nabi Yusuf yang start. Zulaikha dah tutup pintu, tinggal dia dengan Nabi Yusuf je dekat situ, tak ada orang tahu, tak ada orang nampak. Fuhhh, dahsyat betul dugaan dia, wanita cantik depan mata beb! Apabila lelaki kacak dan wanita cantik bergandingan, jeng jeng jeng…
  6. Zulaikha ni pula ‘employer‘ Nabi Yusuf. Pekerja ni biasanya dia akan ikut apa saja majikan dia suruh buat, takut kena buang kerja, takut majikan tak bagi bonus tahun tu, takut gaji sangkut, macam-macam lah kan. Jadi, kalau majikan dah suruh ‘kau kena layan aku…’, apa perasaan Nabi Yusuf sebagai pekerja? Kalau kita, mesti kita takut lah. Kena buang kerja karang, ahhh satu hal lagi. Ini satu bentuk ancaman ni.
  7. Walaupun Nabi Yusuf ni seorang Nabi, dia juga seorang manusia. Jangan kata ‘alaa, dia tu Nabi, boleh la cerita, memang la iman kuat..’. Tak, cerita dia kat sini, dia pun manusia, ada nafsu syahwat jugak.. Allah cakap dalam al-Quran, Nabi Yusuf dengan Zulaikha ni masing-masing berkeinginan antara satu sama lain.
  8. Nabi Yusuf bukan sahaja terasa ancaman pekerja-majikan, Zulaikha siap ugut nak penjarakan dia lagi kalau dia taknak penuhi hasrat Zulaikha tu.

Berat sungguh ujian Allah bagi dekat Nabi Yusuf ni, setakat ujian kena pisah daripada family, dijual dekat pedagang, masuk penjara, tak teruk sangat compare dengan ujian godaan Zulaikha ni. Apa kunci Nabi Yusuf boleh selamat daripada tragedi buruk tu? Jawapannya mudah sahaja, tapi nak praktik perlukan keteguhan hati bahawa “tidak ada daya dan pertolongan untuk menjauhi maksiat melainkan dengan pertolongan Allah.”

So, banyakkanlah berdoa agar Allah tetap berikan kita istiqamah dalam beramal, keselamatan daripada kebinasaan, jauh daripada maksiat dan azab, bersih daripada kekotoran hati, semoga iman dan takwa ini sentiasa terpelihara. Amiin.

Dapat manfaat daripada blog ni?
Klik button di bawah untuk share dekat kawan-kawan! 🙂

One thought on “8 Ujian Berat Allah Beri pada Nabi Yusuf ketika Digoda Zulaikha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0